Monday, January 19, 2009

Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu






Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf di atas ketiadaan sebarang artikel baru semenjak 2 hari yang lalu.

Ini adalah kerana saya terpaksa menunaikan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (P036).

Tujuan artikel pada hari ini bukan bermotifkan politik tetapi sekadar memaklumkan bahawa kegiataan ekonomi semasa sesuatu pilihanraya kecil diadakan adalah amat rancak.

Saya difahamkan pilihanraya kecil pada kali ini, kadar sewa rumah kampung telah naik mendadak, dan kesemua hotel-hotel di terengganu telah fully booked di sepanjang tempoh berkempen.

Dari segi perspektif hartanah kadar sewa
normal untuk rumah kampung di terengganu adalah sekitar RM300 tetapi pada pilihanraya kali ini kadar rumah sewa kampung boleh meningkat sehingga 4 angka.

Selain daripada itu, bagi pengemar makan tradisi Terengganu iaitu Keropok Lekor. Jumlah tempahan telah meningkat sehinggakan kedai-kedai yang menjual keropok lekor tidak dapat menerima tempahan sehingga 18 Januari 2008.

Bayangkan betapa rancaknya ekonomi Terengganu disebabkan pilihanraya kecil ini, adalah diharapkan limpahan ekonomi yang tercetus akibat pilihanraya ini dapat berkekalan dan seterusnya meningkatkan prospek hartanah di Negeri Terengganu.






4 comments:

  1. kesimpulannya, kita kena adakan pilihanraya kecil dengan lebih kerap. lagi meriah dari PRU. hehehe...

    ReplyDelete
  2. dengan terlebih simpulnya,Perlunya perubahan drastik demi memenuhi kebijaksanaan rakyat malaysia yang semakin bijak dalam bidang ekonomi, modal insan, celik it dan politik secara amnya...

    dulu kita di kategorikan negara berinfrastruktur tahap pertama dengan minda tahap ketiga..

    sekarang rasanya infrastruktur tahap pertama, minda dengar cakap orang.....

    fikir-fikirlah sendiri....

    ReplyDelete
  3. PAS menang kerana - malaysia terlebih hiburan
    - malaysia terlebih airport
    - malaysia xreti tlg gaza
    - malaysia xbrani lwn boss

    semoga malaysia aman makmur bahagia.....

    ReplyDelete
  4. Lu pikir la sendiri beb,...

    ReplyDelete