Wednesday, July 29, 2009

Mari Beli Hartanah

Seperti yang dijanjikan di sini merupakan beberapa analisa yang harus difikirkan sebelum mebuat pelaburan hartanah.

1. Kenalpasti kawasan yang hendak dilaburkan. (Paling sesuai adalah kawasan yang mempunyai boleh memberi pulangan tinggi apabila hendak dijual i.e Kuala Lumpur, JB dan Georgetown)

2.Pastikan ada keupayaan untuk membuat bayaran deposit.

2. Cuba semak kelayakan membuat pinjaman daripada bank.

3. Pastikan penggantungan hutang kita terkawal.

4. Sediakan perancangan (apa yang nak dibuat) setelah hartanah dibeli. i.e sewa or meduduki.

5. Sedia perancangan untuk membeli rumah baru sekiranya dapat menjual rumah tersebut.

Bagi mereka yang mencari-cari kawasan hartanah sesuai belilah rumah di Kuala Lumpur (di bawah kawasan DBKL) kerana hartanah yang terletak di KL mempunyai nilai jual balik yang tinggi dan permintaan untuk rumah sewa di kawasan tersebut sentiasa ada.

Monday, July 27, 2009

Role Play Pelaburan Hartanah

Bayangkan sekiranya anda mempunyai sejumlah wang katakan RM250 ribu dan anda ingin membuat satu pelaburan hartanah dan seperti biasa anda terpaksa BUAT KEPUTUSAN, KEPUTUSAN dan KEPUTUSAN???

Di dalam istilah ekonomi, apa yang and alami seperti di atas digelar sebagai OPURTUNITY COST atau dalam bahasa Melayu adalah Kos Melepas.

Dalam bahasa mudah "you get something and you loose something"

Berbalik kepada persoalan seperti di atas.

"Rumah kat area mana dan jenis apa yang harus anda buat pelaburan?"

TIPS: gunakan kepakaran analisis anda untuk membuat keputusan.

Gunakan semua deria anda mata, telinga, hidung dan perasaan dalam membuat keputusan.

Cabaran anda pada hari ini adalah untuk mengenal pasti kawasan dan jenis rumah untuk dibuat pelaburan tersebut.

Esok saya kembali dengan beberapa cadangan jawapan.


Friday, July 24, 2009

Kembali Lagi

Setelah sekian lama tiada update dibuat pada blog ini.

Kini saya telah kembali lagi untuk berbicara mengenai tajuk yang digemari ramai iaitu prospek pelaburan hartanah.

Seperti saya pernah katakan sebelum ini, pelaburan hartanah merupakan satu pelaburan yang sangat menarik kerana secara sedar tak sedar ianya dapat menyediakan kita dengan kemahiran perancangan kewangan dan disiplin berbelanja.

Bagi mereka yang hendak bermula berjinak dengan pelaburan hartanah, di sini saya ingin menjual sebuah hartanah berbentuk apartment yang berdekatan UKM. (Lokasi strategik dan risiko rendah.)

Maklumat lanjut akan menyusul.....


Friday, July 3, 2009

Anak Muda Membeli Rumah???

Bincang-bincang mengenai hartanah dan anda akan terpegun dengan potensi hartanah di Malaysia.

Mana tidak, hartanah di Lembah Klang asyik naik dan naik dan naik.

Terbaru nak dapatkan hartanah berbentuk kondominium di Kuala Lumpur kena ada sekurang-kurangnya RM200 ribu ke atas.

Bayangkan bagaimana seorang graduan yang baru tamatkan pelajaran di Universiti hendak beli rumah di Kuala Lumpur.

Macam mana keperitan ekonomi dan kesempitan tekanan hidup di bandar besar akan dapat membolehkan seseorang graduan untuk membeli rumah.

Saya hanya berharap pihak yang mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu agar golongan muda mudi kita tidak terpinggir dari arus kemajuan negara kita.