Thursday, January 8, 2009

Genting Highlands

Salam sejahtera,

Hari ini sekumpulan rakan-rakan saya akan mengadakan mesyuarat di Hotel Awana Genting Highland. Ini membuatkan saya tertanya-tanya apakah resipi di sebalik kejayaan Genting Highland.

Boleh anda bayangkan 4 dekad dahulu, bagai manakah rupa dan muka bumi genting highland pada masa itu? Siapa
yang mempunyai keberanian untuk membangunkan hartanah di Genting Highland oleh kerana tempat tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan hutan dan haiwan-haiwan liar malah kemudahan-kemudahan asas pun tiada.

4 dekad dahulu, adakah agensi-agensi kerajaan mahupun swasta akan mengadakan mesyuarat di tempat tersebut? Adakah kita akan mendengar suara tawa kanak-kanak yang sedang seronok bermain (Ngauman harimau mungkin ya mungkin tidak)?


Umum sedia maklum berkenaan populariti Genting Highland sebagai pusat hiburan yang tersohor di rantau ini. Namun segala kejayaan yang dicapai oleh pengasas Genting Highland bukanlah sesuatu yang mudah. Segala aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam memastikan nilai hartanah tersebut sentiasa menarik memerlukan perancangan yang teratur dan teliti.

Selain daripada itu salah satu aspek yang penting di dalam pelaburan hartanah adalah kesabaran.

Kesimpulannya dalam pelaburan hartanah sesorang itu perlukan keberanian seperti mana yang ditonjolkan oleh pengasas Syarikat Genting Berhad.

"Kejayaan Pelaburan Hartanah = kesabaran + Perancangan + Keberanian ..... +... sila komen. "

1 comment:

  1. slalunya org berjaya ni idea diorang org gelak. pastu bila sukses, dia plak gelakkan org.

    jgn takut mencuba, kalu takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai.

    ReplyDelete