Saturday, October 31, 2009

Permainan Lelongan Hartanah

Baru-baru ini a close friend on mine ada terlibat di dalam sesi lelongan hartanah di Kuala Lumpur.

Banyak perkara baru yang saya pelajari dari beliau berkenaan lelongan.

Antaranya:

1. Banyak property yang jauh murah yang boleh didapati di sesi lelongan.

2. Sesi lelongan biasanya akan dipenuhi oleh agen-agen hartanah dengan niat tertentu???

3. Tetapkan niat dan tekad untuk mendapatkan hartanah lelongan pada satu harga tetap dan tidak membida lebih daripada nilai yang telah ditetapkan.

4. Permainan lelongan ini perlu banyak bersabar dan kenalan???

Kesimpulanya, sekiranya hati tak kuat bawa rakan-rakan yang biasa dengan lelongan untuk menasihati anda.


Tuesday, October 27, 2009

The Domain 2 Neocyber Cyberjaya

Sedikit info berkenaan The Domain 2 Service Apartment yang telah dibuka untuk jualan.

Harga unit ini adalah sekitar RM180k - RM263K begantung kepada saiz unit.

Terdapat 3 jenis unit yang boleh di beli:

1. Type A1 600sf - One Bedroom

2. Type A2 700sf - One Bedroom

3. Type B 800sf - Two Bedroom

Bagi mengetahui maklumat lanjut sila hubungi Lake Town Sdn Bhd di talian 03-7710 7066

Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010

Baru-baru Y.A.B Perdana Menteri ada membentangkan berkenaan bajet 2010.

Sekali imbas intipati bajet 2010 penekanan kepada industri IKS tidak dilupakan.

Syabas diucapkan.

Harap-harap limpahan RM200 juta bagi tujuan membantu IKS dapat disalurkan kepada IKS yang benar-benar berkebolehan dan berkaliber.

Bagi mereka yang masih belum membeli rumah, ini lah masa yang terbaik untuk membeli rumah kerana pakej bajet yang diumumkan semestinya akan merangsang ekonomi neagar seterusnya menyebabkan pergerakan rancak harga market bagi rumah-rumah baru.

Monday, October 19, 2009

Nasib Kaum Lelaki

Bagi mereka yang pernah melalui zaman menduduki rumah sewa terutamanya kaum lelaki.

Anda mungkin pernah berdepan dengan situasi dimana tuan rumah lebih mengutamakan penyewa perempuan daripada lelaki.

Tidak dapat dinafikan trend memilih atau mengutamakan penyewa perempuan berbanding lelaki memang wujud.

Diantara alasan yang sering diberikan oleh tuan rumah:

1. Penyewa lelaki ni pengotor.

2. Penyewa lelaki lebih terdedah kepada aktiviti sosial yang melampau.

3. Penyewa lelaki ligat untuk membayar sewa rumah.

4. Penyewa lelaki cenderung untuk menjemput kawan-kawan lain untuk duduk satu rumah.

5, Penyewa lelaki ni pengasar, dan akan menyebabkan banyak peralatan rumah sewa rosak.

6. dan lain-lain.

Sejauh mana betulnya andaian di atas, hanya anda yang tahu.

Mengikut pengalaman saya, lelaki atau perempuan semuanya sama.

Apa yang penting adalah Sewa rumah mesti dibayar tepat pada masanya tanpa sebarang alasan yang remeh temeh.

Bagi kaum lelaki yang menghadapi masalah seperti di atas, anda kena mahir di dalam ilmu negotiation dengan tuan rumah.

Bak kata orang putih, EVERY MAN HAS A PRICE.

Tuesday, October 13, 2009

Idea Perniagaan Baru

Salam Sejahtera,

Sibuk, itu merupakan routine harian saya sejak kebelakangan ini.

Mengapa?

Saya telah mencuba satu idea baru yang kini mendapat sambutan hangat.

Memperkenalkan set breakfirst PALING MURAH di Putrajaya dan Cyberjaya.

Hanya di...

www.breakfirstxpress.blogspot.com

Produk baru ini kini semakin mendapat perhatian di sekitar Putrajaya.


Tuesday, October 6, 2009

Nasihat Membeli Rumah

Semala saya berkesempatan berjumpa dengan beberapa orang graduan yang baru menamatkan pengajian di sebuah IPTA.

Di dalam sesi perbincangan tersebut, saya telah menarik perhatian mereka mengenai kepentingan untuk membeli hartanah/rumah pada usia muda.

Diantara nasihat yang telah saya berikan:

1. Rumah merupakan aset yang bernilai tinggi berbanding kereta;

2. Mulakan simpanan untuk dijadikan deposit.

3. Beli dari atas tangan orang lebih murah berbanding beli rumah baru daripada pihak pemaju,

4. Ketahui kadar faedah terendah dan kaedah untuk mendapatkan pembiayaan.

5. Jagan terlalu gopoh gapah ketika membeli rumah dan berhati-hati dengan perkara-perkara yang tersembunyi.

6. Analisa lokasi hartanah tersebut.

7. LOKASI, LOKASI dan LOKASI

Bagi merekan yang memerlukan khidmat nasihat saya sudi membantu.

Sila hantar komen dan sekiranya masa mengizinkan saya akan balas pertanyaan anda.