Wednesday, February 24, 2010

Home Stay di Putrajaya

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa bilik di Putrajaya mengikut kadar hari.

Sila hubungi En.Zul di Talian 0139388940

Kadar harian adalah RM150 (bilik dengan bilik air sendiri)

dan

RM120 (bilik tanpa bilik air)

Lokasi homestay adalah di Precint 16 berhampiran Alamanfa

Kolam renang juga hampir di Kompleks Kejiranan Precint 16

Friday, February 19, 2010

Harga Rumah di Universiti Malaya

Saya agak terkejut apabila mendapati ada sesetengah apartment di Vista Angkasa yang bersebelahan dengan stesyen LRT disewakan dengan harga RM1000. Apa sebab kadar sewanya rendah???

Dari segi lokasinya tempat tersebut memang sesuai untuk dijadikan tempat pelaburan.

Tetapi disebabkan market value yang agak tinggi dan sesetengah penjual yang ingin menjual rumah tersebut melepasi market value.

Saya berpendapat prospek kawasan tersebut agak tidak menarik.

Ini disebabkan banyak lagi kawasan perumahan di sekitar kawasan tersebut dan penyewa mempunyai lebih banyak lagi pilihan rumah sewa yang juga berhampiran dengan stesyen LRT berbanding dengan Vista Angkasa.

Sunday, February 14, 2010

Beli Rumah di Bandar Baru Bangi

Ruangan sembang-sembang pada hari ini membawa kepada satu cerita yang saya dapat tahu daripada rakan saya.

Ianya berkaitan proses tukar nama membabitkan pembelian sebuah rumah (sub sale) di kawasan Bandar Baru Bangi.

Saya difahamkan proses tukar nama rakan saya yang membeli rumah teres di kawasan Bandar Baru Banfi mengambil masa sehingga 6 bulan? betul ke?

Selalunya bagi pembelian rumah leased hold proses tukar nama akan hanya memakan masa 3-4 bulan.

Sesiapa ada maklumat tambahan plzz confirmkan? Plzz coreect me if i am wrong.



Wednesday, February 10, 2010

Apartment Putra Harmoni Presint 9 Putrajaya

Saya difahamkan pernah ada satu lelongan yang diadakan yang mana harga bagi Aartment Putra Harmoni Presint 9 Putrajaya mencecah sampai harga RM114k.

WOOW...

Bayangkan anda mengeluarkan duit sebegitu banyak untuk membeli apartment yang mana harga maximum sewa bulanan adalah hanya RM700.

Ditambah kadar penyewa keluar masuk adalah sangat tinggi, mana tidak rata-rata yang tinggal di apartment tersebut adalah kakitangan kerajaan yang mana umum sedia maklum kakitangan muda kerajaan yang bujang dan semestinya akan dan mempunyai perancangan untuk kahwin pada usia muda.

Tahukan anda bahawa harga pasaran apartment tersebut adalah di sekitar RM100k sahaja.

Pendek kata kalau nak beli rumah lelong pastikan harga rumah lelong tersebut di bawah harga pasaran dan pulangan sewa berbaloi dengan hasil pelaburan anda.


Wednesday, February 3, 2010

Lelongan Kali Ke-2

Sekadar untuk berkongsi maklumat.

Tahukah anda bahawa lelongan kali ke 2 yang diadakan bagi property yang tidak terjual pada lelongan pertama akan berkurangan sebanyak 5% - 10%

Sebagai contoh sekiranya lelongan pertama reserve price property tersebut adalah RM225k dan tidak terjual pada kali pertama lelongan.

Lelongan pada kali ke dua pada tarikh yang berlainan, property tersebut akan dilelong pada harga 5-10% lebih rendah berbanding lelongan pertama kali iaitu dimulakan dengan reserve price RM202l.

Sekian.