Wednesday, January 28, 2009

Hartanah Shah Alam - Putri Ayu Condominiums




Review hartanah pada hari ini akan mengkaji prospek pelaburan hartanah berbentuk kondominium yang terletak berhampiran Plaza Tol Batu.3 shah Alam yakni Kondominium Putri Ayu.

Daripada penyelidikan yang dibuat di Internet, harga belian daripada pemilik ataupun sub sell adalah sekitar RM190,000, dan hartanah tersebut merupakan hartanah berstatus hak milik kekal.

Keluasan rumah tersebut adalah 1021 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Agak besar dan selesa untuk mereka yang berkeluarga.

Daripada gambar yang disertakan fasiliti kolam renang agak menarik. Tetapi di dalam pelaburan hartanah bukan kolam renang atau rupa paras design bangunan tersebut yang dipentingkan.

Apa yang dipentingkan paling utama adalah prospek sewaan. Berapakah RM yang mampu dijana daripada sewaan unit kondominium tersebut. Adakah bayaran sewaan bulanan dapat menampung kos pembayaran bayaran balik bulanan kepada pihak bank?

Sekiranya kita imbas lokasi hartanah tersebut ianya terletak di tengah-tengah kawasan kilang berhampiran kilang arak Carlsberg dan Hitech Industrial park. Mungkin sekiranya bernasib baik kita akan dapat menyewakan kondominium tersebut kepada pekerja-pekerja kilang tetapi masih lagi terpulang kepada nasib.

Satu lagi faktor yang agak menarik berkenaan kondominium ini adalah ianya juga terletak berhampiran beberapa kawasan perumahan dan ini akan mendatangkan persaingan untuk mendapatkan penyewa.

Kesimpulannya sekiranya hendak disewakan perlu usaha marketing yang kuat bagi memastikan kita mendapatkan pulangan yang maksimum dan tidak dibebankan dengan komitmen bayaran balik bulanan kepada pihak Bank.





2 comments:

  1. hartanah shah alam mahal.
    hartanah shah alam susah untuk disewa.
    hartanah shah alam susah dapat freehold.
    hartanah shah alam makin naik bebrbanding dahulu.
    hartanah shah alam jauh tapi adakah ianya berbaloi jika dikaji dari pewrspektif nilaianyya.
    hartanah adalah asset selamanya.

    ReplyDelete
  2. yang pasti shah alam lokasi yang menarik untuk didiami kerana rekabentuk nya yang selesa dan menarik~

    ReplyDelete