Wednesday, May 18, 2011

Apartment Villa Tropika

Sudah lama penulis tidak meninjau harga hartanah sekitar Putrajaya dan Bangi.

Sebabnya mudah, harga hartanah di kawasan lembah Klang semakin tidak masuk akal.

Untuk makluman semua harga pasaran apartment di taman Tropika berhampiran Stesyen Komuter UKM Bangi dengan size 750sf boleh mencecah RM100k. (untuk makluman harga hartanah tersebut pada tahun 2007 adalah hanya RM70k)

Dengan bahasa mudahnya sekiranya anda membeli rumah di kawasan Bangi atau UKM bangi, selain daripada harga pasaran anda perlu menambah harga keuntungan pihak pemaju.

Maksudnya, harga yang anda beli telah naik berlipat kali ganda berbanding harga pada tahun 2007.