Monday, January 12, 2009

2 Hari Lagi Menjelang Hari Kreatif

Salam Persahabatan....

Saya telah menerima beberapa komen yang mana mencadangkan agar mempelbagaikan kandungan blog ini. Saya menerima baik seruan ini dan menjemput saudara dan saudari sekalian yang budiman untuk turut serta di dalam menyumbangkan idea dan hasil karya penulisan kreatif saudara dan saudari sekalian.

Sehubungan dengan itu, saya bercadang untuk memilih hari Rabu sebagai hari KREATIF di mana kesemua terbitan blog ini yang diterbitkan pada hari Rabu akan menjurus kepada hasil penulisan kreatif (sajak, puisi, lagu, kisah cinta, lawak dan lain-lain).

Sekiranya saudara dan saudari sekalian mempunyai sebarang penulisan yang ingin dikongsikan bersama sila emelkan hasil penulisan saudara dan saudari sekalian ke ogos31@yahoo.com atau hantar melalui mana-mana ruangan komen yang disediakan.

Bagi tujuan pengiktirafan sila sertakan nama samaran atau nama saudara dan saudari di dalam penulisan yang akan dikemukakan.

Marilah sama-sama kita raikan kepelbagaian idea melalui penulisan kreatif....


1 comment:

  1. berhubung isu hari kreatif. saya mempunyai cadangan agar saudara memperbaiki mutu iklan cream puff kerana gambar cream puff boleh di perbaiki...

    taniah atas kejayaan 2buy2sell2rent.blogspot..com kerana berjaya menduduki ranking pertama dlm google.

    ReplyDelete