Saturday, February 28, 2009

Kegawatan Ekonomi dan Nilai Hartanah

Baru-baru ini saya ada bertanyakan projek rumah Town House di Bukit Puchong.

Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM260++ ribu. Harga tersebut telah meningkat sebanyak RM30k. Projek dijangka siap menjelang tahun 2010.

Apa yang pelik adalah dialam keadaan ekonomi semasa yang agak teruk, harga hartanah sepatutnya turun tetapi sebaliknya berlaku.

Mungkin kepada mereka yang hendak memebeli rumah, langkah terbaik adalah tunggu, tunggu dan tunggu. ( mungkin harga rumah yang hendak dibeli akan diberi diskaun)

Mengikut teori ekonomi, harga rumah yang tidak terjual harus diturunkan harga kerana nilai hartanah tidak mungkin akan naik sekiranya keadaan ekonomi semasa yang gawat diambil kira.

Wednesday, February 25, 2009

Ucapan Presiden Barak Obama Kepada Kongress

Saya terasa tertarik untuk menulis sesuatu berkenaan ucapan Presiden Barak Obama kepada Kongress hari ini.

Apa yang menarik perhatian saya adalah dasar pemulihan ekonomi Amerika yang ditetapkan oleh Presiden Barak Obama adalah menjurus kepada Tenaga, Pendidikan dan Kesihatan.

Fokus Kerajaan Amerika Syarikat

Di dalam ucapan beliau, beliau telah mencadangkan agar Amerika Syarikat mendahului negara lain di dalam menjana sumber tenaga baru (solar dan angin) serta memastikan Amerika Syarikat muncul sebgai sebuah negara berteraskan penyelidikan.

Iktibar Daripada Sejarah

Beliau turut memetik peristiwa di dalam sejarah di mana semasa perang saudara Amerika, kerajaan telah membina rentasan landasan keretapi yang telah memacu ekonomi Amerika selepas tamat peperangan.

Pada era perindustrian sekitar awal 1900 Kerajaan Amerika Syarikat telah memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya yang mana generasi yang dihasilkan oleh sekolah-sekolah ini telah bebrjaya memacu ekonomi Amerika dan menjadikan ilmu pengetahuan sebagai salah satu komoditi negara tersebut.

Kesimpulan

Negara kita tidak terkecuali daripada tempias kegawatan ekonomi yang sedang melanda masyarakat global ketika ini.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara ini kita mesti sentiasa memajukan diri dari segi aspek ilmu pengetahuan dan sentiasa hidup berlandaskan objektif yang jelas dan nyata.

Kegawatan Ekonomi dan Nilai Hartanah

Salam sejahtera,

Baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk turut serta di dalam satu perbincangan berkenaan prospek hartanah di kawasan lembah klang pada tahun 2009.

Umum sedia maklum keadaan ekonomi semasa ini yang agak gawat

Tapi apa yang menarik perhatian saya terhadap tajuk yang diperbincangkan adalah berkenaan teori KEGAWATAN SETIAP 10 TAHUN.

"kegawatan ekonomi akan adalah sesuatu yang sihat kepada ekonomi kerana ianya akan menyebabkan bisness yang lemah untuk gulung tikar dan menyebabkan penurunan harga bagi barang-barangan yang telah naik harga secara mendadak disebabkan spekulasi"

Adakah harga hartanah di Putrajaya akan turun??? selepas ini???

Kali terakhir ekonomi dunia gawat adalah pada tahun 1998 dan yang terbaru adalah pada tahun 2008.

Mengikut ramalan mereka yang bukan pakar ekonomi mahupun pakar kewangan kegawatan seterusya akan berlaku pada tahun 2018.

Ya memang nilai hartanah semakin menurun pada masa ini, namun perlu di ingatkan situasi yang sama turut berlaku pada tahun 1998 dan trend menaik nilai hartanah akan mula kelihatan apabila ekonomi mula pulih dan dijangka akan turun balik pada tahun 2018 (sekiranya teori 10 tahun di ambil kira).

Sunday, February 22, 2009

Rumah Sewa Dekat ERL Salak Tinggi

Sesiapa yang berminat untuk menyewa rumah berhampiran ERL Salak Tinggi sila sms saya di 019-6885200

Untuk makluman kadar sewa rumah kenis semi-D satu tingkat di kawasan Kota Warisan berhampiran ERL adalah RM500.

Selain daripada rumah jenis semi D, di kawasan kota warisan turut terdapat rumah jenis apartment...kadar rumah sewa tersebut semestinya tidak boleh melebihi RM500.

Sewa rumah kedai di Aras 1 di kawasan yang sama adalah RM500.

Taman Sains Selangor 2


Working progessing well: Concentration is currently being placed on infrastructure development at Science Park 2.

Baru-baru ini ketika meronda di sekitar kawasan Cyberjaya saya ada ternampak bunting berkenaan projek pembangunan Taman Sains Selangor 2.

Perkembangan ini memberikan gambaran jelas kepada saya bahawa kawasan-kawasan perumahan di pinggiran Cyberjaya dan Putrajaya yang dibangunkan dulu (i.e Putra Heights di lebuhraya Elite) sebenarnya dibangunkan disebabkan terdapat projek Taman Sains Selangor 2.

Untuk makluman Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Sepang turut terletak di Cyberjaya.

Mungkinkah dengan adanya projek Taman Sains Selangor 2, kerancakan pembangunan di kawasan Cyberjaya dan pinggiranya akan menjadi lebih pesat.

Bagaimana pula keadaan ekonomi semasa yang gawat akan mempengaruhi projek Taman Sains Selangor 2....???

Saya ingin berkongsi keratan artikel akhbar the star seperti di bawah untuk makluman semua.

Friday November 21, 2008

Big thrust forward for SSP2


THE Selangor Science Park 2 (SSP2) was created as an expansion of the PKNS Selangor Science Park 1 located in Kota Damansara. It is now gearing for a big thrust forward.

The 330.5ha SSP2 is located at Bukit Baja in Sepang. It is a project under the massive Klang Valley 2 (KV2) development scheme.

The SSP2, located just off the North South Link Expressway (Elite), is surrounded by an extensive highway network with connections to the KL International Airport (KLIA) 12km away and the Westport and Northport in Klang, about 30km away.

It is also about 25km from the KL central business district and 23km from Shah Alam. It has the country’s administrative capital Putrajaya and ICT hub Cyberjaya as neighbours.

There are plans for an industrial area, commercial development, residential precinct, recreational area, entertainment centre, medical centre and other communal facilities.

According to Selangor State Investment Centre (SSIC) chief executive officer Datuk Mhd Jabar Ahmad Kembali, the essence of SSP2 is the fusion of key elements in one dedicated location for the exclusive use of technology-based industries.

“This concept allows technocrats the chance to be innovative, giving them a chance to perfect their craft,” he said.

Jabar also said a RM56mil dedicated flyover was being constructed at the SSP2 and was scheduled to be completed by the middle of next year.

Once the flyover is completed, it will provide easier and faster access to commuters to the SSP2 from the KL city centre and the KLIA.

“We are currently concentrating on providing infrastructure for the SSP2. We are laying out all the roads and other facilities for the investors here,” Jabar said.

He said about RM300mil had been allocated for the infrastructure development in the SSP2.

Now, various activities are taking place at the SSP2 as its main tenant Q-Cells is carrying out construction work of its plant.

Q-Cells is the world’s largest manufacturer of photovoltaic cells (solar cells).

The SSP2 facility is the company’s only plant outside Germany.

Jabar said investors planning to open plants at the SSP2 would be given special assistance in obtaining the permission and approval.

Friday, February 20, 2009

Direktori Bilik Sewa di Putrajaya

Direktori ini khas untuk penyewa perempuan sahaja....

1. Female only - Precint 9 - room-RM200/month - call 0172841718

2. Female only-Precint 9 - room-RM134/month - call siti 0138498356

3. Female only-Precint 11- room-RM105/month - call MAL - 0177863984 MITA - 0138597953

Kami akan menerbitkan direktori baru dari semasa ke semasa.

Thursday, February 19, 2009

Direktori Rumah Sewa Putrajaya Siri 1

Alhamdulilah akhirnya selamat juga tiba di KLIA.

Sebagai membalas dan memenuhi permintaan pengunjung-pengunjung laman blog ini.

Kami di 2buy2sell2rent akan sedaya upaya untuk menerbitkan direktori nombor telefon tuan-tuan rumah sewa di sekitar putrajaya esok.

Bye.....got to go and catch the ERL......

Wednesday, February 18, 2009

Kembali Lagi Pada 19 Februari 2009

Untuk makluman disebabkan kesibukan menghadiri tugas-tugas rasmi bermula daripada 16 -19 Februari 2009.

Tiada updates dapat disediakan sepanjang tempoh berkenaan.


Sehubungan dengan itu, artikel-artikel baru akan muncul kembali selepas 19 Februari 2009.

Sekian dan salam sejahtera.

Saturday, February 14, 2009

Precint 11 Putrajaya

Saya ada menerima pertanyaan berkenaan kadar sewa bagi Apartment mampu milik Precint 11.

Untuk makluman kadar rumah sewa bagi apartment precint 11 adalah sebanyak RM550.

Walaupun kedudukan apartment tersebut agak jauh daripada pusat bandar ianya masih menjadi tumpuan orang ramai yang berhasrat menetap di Putrajaya.

Ternyata apa-apa pun hartanah yang berbentuk apartment berkos rerndah ataupun sederhana boleh mendatangkan keuntungan.

Tapi sayang...selain Precint 9 dan Precint 11 tiada lagi apartment mampu milik ataupun berkos sederhana yang dibangunkan untuk dijual.

Renung-renungkan lah....

Friday, February 13, 2009

Neocyber Cyberjaya





Salam sejahtera,

ANY ONE INTERESTED IN RENTING THE NEOCYBER CYBERJAYA APARTMENT PLEASE SMS OR TEXT ME AT 019-6885200.

Untuk makluman saya berkesempatan untuk turut serta di dalam program penyerahan kunci bagi apartmen NeoCyber Cyberjaya.

Acara gilang gemilang ini turut dihadiri oleh Tan Sri MK serta lain-lain stakeholders di dalam project ini. Projek ini dimajukan oleh kumpulan EMKAY Berhad.

Untuk makluman harga bagi apartment di Neocyber adalah sekitar RM200k, dan jumlah keluasan apartment tersebut adalah 750 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Tidak dinafikan harga memang mahal bagi apartment bersaiz kecil ini.

Sebenarnya dengan harga RM200k anda sebenarnya boleh membeli apartment sub sell di sekitar kawasan Petaling Jaya yang bersaiz 1000 kaki persegi.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa maklumat yang diperolehi semasa ucapan pembukaan majlis penyerahan kunci tersebut:

1. Penduduk Cyberjaya 40 ribu (penduduk bekerja dan pelajar IPT)

2. Terdapat 3 IPT di Cyberjaya.


3. Terdapat lebih kurang 400 syarikat berstatus msc beroperasi di Cyberjaya


4. Cyberjaya dihubungkan dengan lebuhraya Elite dan KL-Putrajaya.


5. Hanya 10 minit perjalan ke Putrajaya dengan kelajuan sekitar 80KM sejam.

6. Majlis Perbandaran Sepang bercadang untuk meningkatkan keselamatan kawasan Cyberjaya dengan memasang di sekitar bandar tersebut dengan CCTV menjelang pertengahan thaun ini.


Saya akan menulis lebih banyak artikel berkenaan Cyberjaya sekiranya ada ruang dan masa.

Sekian

Wednesday, February 11, 2009

Rumah Sewa Di Putrajaya


Apartment Mampu Milik Precint 9



Bagi mereka yang hendakkan info bertanyakan rumah sewa di area putrajaya dan Cyberjaya boleh laa SMS mika di talian 019-6885200
.

Ok....bagi mereka yang hendak memulakan kerjaya di Putrajaya saya ucapkan selamat datang ke Pusat Pentadbiran Negara yang serba canggih tapi tak cukup tempat Parking.

Walaupun Putrajaya masih berusia setahun jagung + 9 ....namun kadar rumah sewanya boleh dikategorikan diantara yang paling mahal di Malaysia.

Bagi mereka yang tercari-cari rumah sewa saya syorkan tuan-puan menyewa di rumah apartmen mampu milik di Presint 9 Putrajaya atau lebih dikenali disini sebagai FLAT HIJAU. (dekat dgn stesyen bas, erl, klinik kesihatan, kedai makan) Kadar sewa rumah tersebut adalah sekitar RM600 - RM700. Jumlah bilik tidur 3 dan bilik air adalah 2.

Trend masa kini penyewa di Putrajaya adalah berkongsi satu rumah atau menyewa bilik.

Rumah sewa lain di Putrajaya adalah di kawasan Townhouse Presint 16. Kadar sewa untuk rumah 3 bilik tidur dan 3 bilik air adalah RM1000 ke atas.

Permintaan rumah sewa di Putrajaya memang tinggi kerana jumlah kuarters sedia ada tidak mencukupi dan sewa kuarters kerajaan sebenarnya adalah lebih mahal berbanding dengan sewa sendiri.

Bagi mereka yang mempunyai kenderaan anda mungkin boleh mencuba di kawasan Desa Pinggiran Putra (10 min to Putrajaya) atau Bangi.

Dengar-dengar khabar sewa apartmen di Taman Equine pun murah....

Sekiranya berminat sila klik di sini untuk pengumuman terbaru.

Selamat mencari....n Good Luck

Tahniah Laman Blog Santai Mr.Bad





Kami di 2buy2sell2rent ingin mengucapkan tahniah kepada Laman Santai Blog Mr.Bad kerana telah menjuarai poll pendapat laman blog terbaik.

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati untuk menghadiahkan kepada saudara Mr.Bad kupon percuma RM5 daripada NANDO's Alamanda Putrajaya.

Berikut merupakan keputusan poll yang dikendalikan pada Bulan Januari

1. Santai Mr.Bad (50%)

2. 2buy2sell2rent (21%)


3. Golf Demo (14%)


4. Sahabat Melissa (7%)


5. MyKitchen (7%)


"Selamat Menjamu Selera my Friend"

Nantikan kemunculan lebih banyak pertandingan online hanya di laman blog 2buy2sell2rent.

Tuesday, February 10, 2009

Rumah di Salak Tinggi





Jom ronda-ronda pada hari ini berkesempatan untuk melihat prospek pembangunan perumahan di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi.

Bagi mereka yang tidak mengenali Bandar Baru Salak Tinggi ianya sebenarnya terletak bersebelahan dengan Daerah Nilai Negeri Sembilan.

Pembangunan hartanah di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi kebanyakanya dijanakan oleh pembangunan kawasan di sekitar KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.

Banyak projek perumahan di kawasan ini telah habis dijual dan kebanyakan pembeli merupakan golongan kakitangan awam yang bertugas di Putrajaya.

Harga rumah di kawasan ini masih boleh dikategorikan sederhana mahal.

Ini kerana dengan harga yang lebih murah anda sebenarnya masih boleh memiliki sebuah rumah yang saiz sama tetapi dengan harga yang lebih murah di Daerah Jiran iaitu Nilai Negeri Sembilan.

Ada orang kata prospek hartanah di Negeri Selangor adalah lebih baik berbanding di Negeri Sembilan....(kena check dulu kesahihanya) mungkin itu sebab mengapa pembeli lebih meminati kawasan Salak Tinggi berbanding Nilai.

Bagi pembeli rumah baru, nasihat saya adalah kaji semua pilihan yang ada sebelum membeli rumah.

Jelaskan tujuan utama membeli rumah sama ada nak sewakan atau nak menetap. (kalau nak sewa prospek agak sukar kerana terlalu banyak persaingan dan kegiatan ekonomi yang masih agak perlahan.)

Timbang-timbanglah kesesuaian rumah dengan keupayaan diri (dari segi bayaran bulanan, membesarkan anak-anak dan kos perjalanan pergi balik ke tempat kerja)


Tanya-tanyakan pengalaman mereka yang telah menetap di Salak Tinggi dan akhir sekali jangan buat keputusan tergesa-gesa. Sabar membawa berkat.

Rumah Mampu Milik Putrajaya ?





Anda mempunyai RM2 juta???

Bukan nak menakutkan tapi ini realiti harga rumah di Putrajaya.

Bagi mereka yang hendak membeli rumah Mampu milik di Presint 9 harga pasaran bagi rumah apartment kos sederhana sub sell adalah RM100k ke atas. Harga jualan 10 tahun lepas adalah sekitak RM60k.

Rumah-rumah lain di Putrajaya RM500K ke atas.

Untuk makluman rumah seperti yang digambarkan di atas terletak di Presint 8 berhadapan dengan Istana Selangor.

Kesimpulanya.....Rumah di Putrajaya maybe tak begitu sesuai untuk dijadikan pelaburan tetapi untuk berkeluarga amat elok sekali...

Monday, February 9, 2009

Parlimen Bukit Gantang

Ok..sekali lagi kita ketemu lagi dalam satu pilihan raya kecil.

Kali ini di Parlimen Bukit Gantang Perak (kampong Bukit Gantang terletak di parlimen ini)

Apa yang menarik pada pilihan raya kali ini adalah ianya terlalu dekat dengan episod lompat parti yang dialami Negeri Perak baru-baru ini.

Ingin saya tekankan di sini bahawa blog ini bukan blog politik.

Tujuan utama saya menulis artikel ini adalah untuk mengucapkan selamat mengundi dan bagi mereka yang mempunyai rumah di kawasan DUN Bukit Gantang....sewa-sewakan lah.....sila baca artikel saya mengenai pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dan anda akan faham....

Selamat Mengundi..

Hobi Buat Duit

Izinkan saya memetik komen daripada saudara Maikel untuk dikongsi bersama:

"tak best la MLM, lebih suka kalu minat/hobi sendiri ditukar kepada empayar perniagaan. cam saiful nang, irfan khairi, jimmy choo"

Memang betul! Tidak boleh dinafikan nama-nama yang disebutkan oleh saudara Maikel adalah diantara contoh mereka yang berjaya disebabkan percaya dan yakin terhadap hobi yang diceburi.

Bukan semua orang dapat peluang ini iaitu menjana duit dengan membuat perkara yang diminati.

Sekiranya di imbas hidup kita ini sebenarnya merupakan satu pengembaraan yang memerlukan kita sentiasa peka dan tidak putus asa untuk mencuba dan meneroka potensi diri kita sendiri.

Bayangkan ketika saya melawat tapak pameran Gerak Usahawan 2009 di PWTC baru-baru ini, beribu-ribu manusia berpusu-pusu untuk mendapatkan idea dan peluang untuk memajukan diri.

Cuba tengok kerjaya-kerjaya di sekeliling anda.....ahli politik, pelakon, pelawak, pemain bola sepak, pelukis dan mcm-mcm lagi....mereka tidak bergantung pada orang lain untuk menjana pendapatan. Pendek kata mereka merupakan bos sendiri.

Apa hobi anda? tepuk dada tanya selera!

Hanya anda tahu potensi diri anda sendiri.

Kesimpulanya....didik diri anda untuk berhobi....dan pastikan anda mahir di dalam hobi anda....kemudian kongsi hobi anda dengan orang lain...dan saya pasti potensi diri anda menyerlah dan akan dihargai oleh orang ramai.

Gerak Usahawan di PWTC





Semua orang boleh berniaga tetapi bukan semua orang boleh menjadi usahawan.

Itulah kesimpulanya selepas saya membuat lawatan ke Pameran Gerak Usahawan 2008 di PWTC.

Harapan sebelum pergi ke tapak pameran memang menggunung tinggi tetapi selepas tamat lawatan harapan cuma tinggal harapan.

Perasaan saya ketika menjejak kaki ke tapak pameran tak ubah seperti menjejak kaki ke medan selera padang bas Kota Bharu (dah pindah ke tempat lain). Disebabkan produk-produk yang dijual dan dipamerkan lebih kurang je...

Berikut merupakan beberapa pandangan peribadi saya mengenail hasil daripada lawatan yang dibuat:

1. Jenis perniagaan yang menyertai pameran adalah direct selling, hosting dan rekaan web, jual ubat, makanan ringan, kraftangan, kain batik dan lain-lain perniagaan kecil-kecilan.

2. Pameran masih menumpukan kepada penjualan produk tetapi bukan MACAM MANA NAK MENJUAL dan MEMBANGUNKAN PRODUK.


3. Nak minta nasihat perniagaan pun kena beratur panjang, tiada saluran mudah untuk membuat pertanyaan tentang cara-cara membina perniagaan menyebabkan
usahawan muda yang betul-betul berpotensi hilang minat untuk bertanya.

4. Pameran lebih menumpukan kepada program franchise.


5. Pengunjung ramai tetapi saya rasa disebabkan konsep pameran yang bercampur-campur orang ramai hilang fokus.


6. Skim-skim bantuan perniagaan tidak mesra pelanggan. (nak dapat maklumat susah dan nak mohon bantuan kena isi borang, dan hantar secara manual di pejabab-pejabat negeri.)


Kesimpulannya, sekiranya orang lain boleh maju tanpa bantuan, kita pun boleh maju.

Percaya kepada kemampuan sendiri terokai potensi diri sendiri dan bangunkan imaginasi anda dan mengorak langkah mengejar imaginasi anda.


Bila dah ada asas kukuh dalam perniagaan baru minta bantuan untuk memperbesarkan perniagaan.

Sunday, February 8, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Siapa yang tidak suka pada cuti? Kita di Malaysia bukan sahaja hidup aman dan makmur malahan cuti umum pun banyak.

Saya telah mengambil kesempatan sempena cuti hujung minggu ini untuk melawat Menara KL.

Percaya atau tidak walaupun telah hampir 10 tahun menetap di kota metropolitan Kuala Lumpur, saya tidak pernah menjejak kaki ke Menara Kuala Lumpur.

Bayaran untuk menaiki menara KL adalah RM38 bagi dewasa.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah mengenai pemerhatian saya terhadap Ibu Negara Kita Kuala Lumpur dari aras lebih kurang 500 meter.

Saya agak kagum dengan kepelbagaian bentuk bangunan pencakar langit yang terpacak di bumi Kuala Lumpur. Saya kagum bagai mana sebuah perkampungan kecil melayu ini boleh berubah menjadi salah sebuah kota metropolitan yang terkenal di rantau ini.

Kata kawan saya sekiranya kita nak tahu rupa bentuk KL sekiranya KL diterbalikan....one only have to imagine what it is now....maksudnya sekiranya kita nampak KL bagaikan hutan batu maka bawah tanah rupa bentuk KL adalah sama....

Kesimpulanya...setiap projek pembangunan yang dibangunkan oleh manusia akan turut mendatangkan kesan terhadap keseimbangan eko sistem bumi kita...rening-renungkanlah..

Wednesday, February 4, 2009

Kerja Kosong Poket Tebal

Sedih! itulah yang boleh digambarkan apabila saya mendengar laporan berita semalam yang mengatakan setakat Januari 2009 sebanyak 10,000 pekerja yang telah diberhentikan kerja di negara kita.

Tetapi sekiranya kita lihat dari aspek positif, ini lah masa untuk kita bangkit dan teruskan perjuangan di dalam bidang lain. Dalam sedar tak sedar kita sebenarnya telah dibebaskan daripada norma-norma biasa seekor semut.

Rutin biasa seekor semut adalah keluar mencari makanan dan pulang membawa makanan. Sekiranya kita terikat dengan rutin-rutin ini lama kelamaanya kita akan terjerumus di dalam penyakit yang dipanggil "selesa". Apabila kita terlalu selesa kita akan mudah leka dan terlupa yang sebenarnya punca utama rezeki adalah daripada perniagaan dan bukan makan gaji.

Ingin saya berkongsi cerita berkenaan kejayaan sebuah negara pulau yang berhampiran dengan kita. Daripada satu rancangan temubual di RTM 1 tempoh hari, para panel ada menyatakan bahawa kebanyakan negara pulau maju adalah disebabkan faktor tekanan dari segi ekonomi dan sosio hidup yang memerlukan negara tersebut berebut-rebut untuk mencari kelebihan ekonomi bagi menandingi negara tanah benua (i.e Malaysia) yang kaya dengan pelbagai hasil-hasil bumi.

Negara-negara tanah benua disebabkan kaya dengan sumber bumi kebanyakannya amat selesa dengan keadaan ini sehingga menyebabkan dasar dan kegiataan ekonomi di negara tersebut adalah sekadar "ala kadar". Rakyat pun sangat selesa dan leka sehingga semua kerja-kerja di negara tersebut di out source kepada tenaga-tenaga luar. (i.e negara-negara timur tengah)

Kesimpulanya pelaburan hartanah boleh memberikan sumber rezeki tambahan yang sekurang-kurangnya boleh dijadikan tabung kecemasan sekiranya kita memerlukanya tambah-tambahan ketika suasana ekonomi gawat seperti yang dialami sekarang.

Pengalaman Menceburi Bidang Hartanah

Kata orang pengalaman adalah guru yang terbaik.

Di dalam bidang hartanah, pengalaman dan kesabaran adalah elemen penting di dalam memastikan pelaburan yang dibuat akan mendatangkan hasil yang memuaskan.

Dalam sedar tak sedar kita sebenarnya secara tidak langsung telah terlibat di dalam bidang hartanah cuma kita tidak sedar. Pernahkah anda menyewa sesebuah rumah?

Saya masih teringat zaman ketika saya masih bergelar mahasiswa, saya telah menyewa di sebuah rumah kampung di Kampung Paya Bulan Kota Bharu Kelantan (asyik banjir memanjang). Pada masa tersebut sewa rumah kampung adalah sekitar RM300.

Disebabkan kekurangan rumah sewa di kampung tersebut bagi menampung jumlah mahasiswa/mahasiswi yang semakin meningkat kebanyakan daripada kami terpaksa berkongsi rumah. Satu rumah dikongsi oleh 10 orang.

Bayangkan betapa terdesak kami sebagai mahasiswa/mahasiswi untuk mendapatkan rumah. Ini merupakan senario yang masih berlaku dan dijangkakan akan sentiasa berlaku.

Di bandar-bandar besar bukan sahaja pelajar yang memerlukan rumah malah pekerja-pekerja sektor swasta dan awam turut memerlukan rumah yang boleh disewa. Ini adalah keadaan ekonomi semasa tidak membenarkan seseorang untuk hidup mewah dan cara yang paling efisyen adalah dengan meminimumkan perbelanjaan.

Kita sering akan tertanya hartanah pertama yang harus kita beli?

1. LOCATION! LOCATION ! LOCATION! kenali lokasi hartanah yang strategik.

2. Murah dan berpotensi untuk disewakan

3. Bayaran Bulanan kepada Bank tidak MEMBEBANKAN ANDA

4. Berpotensi untuk dijual balik.

5. Free hold (sekiranya boleh)

Kesimpulanya start something small that will result in something BIG.


Sekiranya saya berkesempatan saya akan menulis berkenaan kadar faedah hartanah.







Monday, February 2, 2009

Harga Hartanah Turun Pada 2009

Selamat Hari Wilayah Persekutuan,

Mukadimah hari dimulakan dengan tanggapan adakah harga hartanah akan turun pada 2009?

Tujuan saya memulakan artikel bukan bertujuan untuk menyatakan sama ada harga hartanah akan turun atau tidak? Cuma sekadar untuk berkongsi pandangan berkenaan senario pasara hartanah sekarang.

Untuk makluman semua, sebelum harga hartanah akan jatuh satu konsep ekonomi yang kita kena faham adalah berkenaan demand and supply (permintaan dan penawaran)

Fakta 1

Buat masa ini permintaan untuk hartanah masih tinggi berbanding penawaran dimana kerajaan masih giat melaksanakan promosi mensasarkan satu keluarga satu rumah. Ini disebabkan bukan semua keluarga di Malaysia belum mempunyai rumah sendiri.

Fakta 2

Harga rumah masih belum turun cuma yang turun adalah Base Lending Rate (BLR). Setakat Februari 2009 harga rumah masih kekal seperti harga pada 2008.

Fakta 3

Sekiranya harga rumah akan turun pada tahun ini saya menjangkakan perumahan yang dibangunkan oleh syarikat pemaju kecil. Mungkin lokasi tapak pembinaan perumahan tersebut terletak di kawasan ceruk-ceruk kampung. Watch out for this one.

Fakta 4

Rumah-rumah di kawasan strategik dan berpotensi tinggi untuk disewakan selalunya dibangunkan oleh syarikat yang besar dan kebiasaanya syarikat-syarikat besar ini mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk bertahan di dalam senario ekonomi semasa.

Fakta 5

Pengalaman kegawatan ekonomi 1998 telah menyedarkan syarikat-syarikat besar untuk tidak cepat panik dan membuat panik selling.

Kesimpulanya kesemuanya terletak pada budi bicara kita sendiri. Sama ada nak tunggu atau membuat tindakan segera. Selidik sedalam-dalamnya dan kaji segala aspek sebelum membuat keputusan membeli rumah. Jangan panik dan tergesa-gesa BE COOL.


Sunday, February 1, 2009

Hartanah Putrajaya - Lingkaran Putrajaya

Ronda-ronda di sekitar kawasan Putrajaya yang termasuk Puchong, Dengkil, Salak Tinggi dan lain-lain. Kita mungkin akan terkejut dengan harga rumah-rumah baru di sekitar kawasan ini.

Sebelum saya pergi lebih jauh berbicara mengenai tajuk ini disertakan imbasan harga rumah jenis teres di kawasan lingkaran Putrajaya untuk makluman:

1. Putrajaya - RM400 hingga RM500k

2. Bangi - RM300K

3. Salak Tinggi RM275K

4. Cyberjaya RM500K

5. Puchong RM300k

Gerak hati saya mengatakan harga langsung tidak logik. Pernah saya bertanyakan mengapa harga rumah-rumah ini mahal sangat berbanding 2 tahun lepas. Jawapan daripada pihak pemaju amat mudah iaitu harga bahan binaan naik ketika musim naik harga minyak tempoh lalu.

Tetapi senario sekarang harga minyak turun, tetapi harga rumah baru yang dilancarkan masih sama.???

Pelik, pelik dan pelik.

Saya tidak dapat menjelaskan mengapa harga rumah-rumah tersebut naik mendadak seperti sedemikian, cuma sekiranya kita masih nak memebli rumah di kawasan tersebut mungkin kita boleh beli rumah 2nd hand.

Kesimpulanya, saya merasakan harga rumah di kawasan-kawasan lingkaran Putrajaya menjadi mahal disebabkan faktor spekulasi berbanding nilai sebenar rumah tersebut.