Monday, February 9, 2009

Gerak Usahawan di PWTC





Semua orang boleh berniaga tetapi bukan semua orang boleh menjadi usahawan.

Itulah kesimpulanya selepas saya membuat lawatan ke Pameran Gerak Usahawan 2008 di PWTC.

Harapan sebelum pergi ke tapak pameran memang menggunung tinggi tetapi selepas tamat lawatan harapan cuma tinggal harapan.

Perasaan saya ketika menjejak kaki ke tapak pameran tak ubah seperti menjejak kaki ke medan selera padang bas Kota Bharu (dah pindah ke tempat lain). Disebabkan produk-produk yang dijual dan dipamerkan lebih kurang je...

Berikut merupakan beberapa pandangan peribadi saya mengenail hasil daripada lawatan yang dibuat:

1. Jenis perniagaan yang menyertai pameran adalah direct selling, hosting dan rekaan web, jual ubat, makanan ringan, kraftangan, kain batik dan lain-lain perniagaan kecil-kecilan.

2. Pameran masih menumpukan kepada penjualan produk tetapi bukan MACAM MANA NAK MENJUAL dan MEMBANGUNKAN PRODUK.


3. Nak minta nasihat perniagaan pun kena beratur panjang, tiada saluran mudah untuk membuat pertanyaan tentang cara-cara membina perniagaan menyebabkan
usahawan muda yang betul-betul berpotensi hilang minat untuk bertanya.

4. Pameran lebih menumpukan kepada program franchise.


5. Pengunjung ramai tetapi saya rasa disebabkan konsep pameran yang bercampur-campur orang ramai hilang fokus.


6. Skim-skim bantuan perniagaan tidak mesra pelanggan. (nak dapat maklumat susah dan nak mohon bantuan kena isi borang, dan hantar secara manual di pejabab-pejabat negeri.)


Kesimpulannya, sekiranya orang lain boleh maju tanpa bantuan, kita pun boleh maju.

Percaya kepada kemampuan sendiri terokai potensi diri sendiri dan bangunkan imaginasi anda dan mengorak langkah mengejar imaginasi anda.


Bila dah ada asas kukuh dalam perniagaan baru minta bantuan untuk memperbesarkan perniagaan.

3 comments:

  1. Saya telah ke sana 2 hari berturut2. Didapati, bahagian jualan langsunglah yg paling banyak pengunjung. Mungkin kerana strategy perniagaan MLM lebih menguntungkan dalam masa kegawatan ekonomi begini.
    View Profile: Rantong

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan pandangan saudara Rentong.

    Memang strategi MLM paling bebkesan ketika ekonomi gawat ini kerana produk yang dijual telah established dan rangkaian sales support yang meluas.

    Harap-harap mereka yang memasuki perniagaan MLM masuk dengan niat yang betul iaitu mempelajari selok belok bisness dan bukan nak kaya cepat.

    Kalau niat yang dipasang betul maka betulah kesudahanya.

    Kalau niat salah maka akhirnya diri sendiri yang susah.

    ReplyDelete
  3. tak best la MLM, lebih suka kalu minat/hobi sendiri ditukar kepada empayar perniagaan. cam saiful nang, irfan khairi, jimmy choo

    ReplyDelete