Wednesday, February 25, 2009

Ucapan Presiden Barak Obama Kepada Kongress

Saya terasa tertarik untuk menulis sesuatu berkenaan ucapan Presiden Barak Obama kepada Kongress hari ini.

Apa yang menarik perhatian saya adalah dasar pemulihan ekonomi Amerika yang ditetapkan oleh Presiden Barak Obama adalah menjurus kepada Tenaga, Pendidikan dan Kesihatan.

Fokus Kerajaan Amerika Syarikat

Di dalam ucapan beliau, beliau telah mencadangkan agar Amerika Syarikat mendahului negara lain di dalam menjana sumber tenaga baru (solar dan angin) serta memastikan Amerika Syarikat muncul sebgai sebuah negara berteraskan penyelidikan.

Iktibar Daripada Sejarah

Beliau turut memetik peristiwa di dalam sejarah di mana semasa perang saudara Amerika, kerajaan telah membina rentasan landasan keretapi yang telah memacu ekonomi Amerika selepas tamat peperangan.

Pada era perindustrian sekitar awal 1900 Kerajaan Amerika Syarikat telah memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya yang mana generasi yang dihasilkan oleh sekolah-sekolah ini telah bebrjaya memacu ekonomi Amerika dan menjadikan ilmu pengetahuan sebagai salah satu komoditi negara tersebut.

Kesimpulan

Negara kita tidak terkecuali daripada tempias kegawatan ekonomi yang sedang melanda masyarakat global ketika ini.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara ini kita mesti sentiasa memajukan diri dari segi aspek ilmu pengetahuan dan sentiasa hidup berlandaskan objektif yang jelas dan nyata.

No comments:

Post a Comment