Tuesday, December 1, 2009

WANG SEGERA MELALUI REFINANCING

Sekiranya anda membeli apartment dengan harga RM54k dan anda mendapati market value tersebut telah meningkat kepada RM60-RM75k..apa yang akan anda buat???

Refinancing atau jual???

Memandangkan soalan yang diajukan kepada saya adalah berkenaan refinancing saya akan cuba mengupas serba lanjut berkenaan refinancing.

1. Sekiranya saya tidak silap, bermula dari 1 November 2009 kebanyakan bank di Malaysia tidak menawarkan free moving cost bagi pembelian sub-sale. Bermaksud pembeli terpaksa menanggung kos loan agreement dan legal fees yang berkaitan. (berbaloi ke nak refinancing kalau unutng cuma RM5k?? sedangkan kos legal fees adalah RM4k)

2. Sekiranya anda berusia 23 tahun dan telah memiliki sebuah apartment....gunakan kelebihan usia anda untuk berjaya di dalam bidang hartanah ini. PERCAYALAH USIA ANDA ADALAH KELEBIHAN YANG PALING UTAMA

3. Refinancing turut bermaksud hutang anda bertambah dan komitmen bayaran ansuran bank anda juga bertambah.

4. Setiap refinancing yang dibuat sebelum usia matang (biasanya 5 tahun) kontrak akan dikenakan denda sebanyak 3%

5. Perlukah anda tunggu 5 tahun untuk refinancing..... Saya bagi contoh: sekiranya anda membeli sebuah kondominium dengan harga RM190k dan selepas 2 tahun harga market value kondominium anda mencecah RM230k. Keuntungan yang anda dapat adalah RM40k. ....ditolak penalti 3% daripada jumlah pembiayaan sebanyak RM5.4k...anda sebenarnya masih untuk sebanyak RM34k++.

6. Apa yang paling penting disini adalah ...bagaimana efisyen dan bijaknya anda untuk melaburkan duit keuntungan daripada refinancing tersebut. Dengan pelaburan yang betul most likely keuntungan tersebut akan berganda.

7. Nasihat saya.... jangan sesekali melabur duit keuntungan anda ke atas asset yang cepat hangus i.e tv, radio, set sofa, kereta...etc.

Kesimpulanya....anda perlu mempunyai matlamat dalam pelaburan hartanah ini. Tanya diri sendiri apa matlamat anda menceburi bidang ini....dalam 5 tahun akan datang bagaimanakah rupa portfolio pelaburan hartanah anda???

Tetapkan target dan cuba capai target tersebut. (kalau tak banyak, sikit pun jadilah)

No comments:

Post a Comment