Monday, December 14, 2009

Leasehold Vs FreeHold

Terima kasih di atas soalan dan pandangan salah seorang pembaca laman blog ini berkenaan tajuk di atas.

Sekiranya diberi pilihan saya akan memilih FREEHOLD DENGAN SYARAT KAWASAN RUMAH TERSEBUT MESTI TERLETAK DI KAWASAN YANG HOT.

DAN SAYA AKAN MEMILIH LEASEHOLD SEKIRANYA BAKI LEASEDHOLD ADALAH 90 TAHUN KE ATAS.

TIDAK ADA GUNANYA SAYA BELI FREEHOLD TETAPI KAWASAN TERSEBUT DARI SEGI MARKET VALUE TIDAK MENGUNTUNGKAN.

Dewasa ini tidak banyak kawasan freehold yang mendatangkan pulangan yang lumayan.

Kawasan ini memang ada tetapi akan saya ceritakan pada terbitan saya yang akan datang.

Berbalik kepada tajuk perbincangan.

Kawasan seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Bangi, Shah Alam kebanyakan kawasan ini adalah lease hold dan ianya boleh mendatangkan keuntungan sekiranya pelaburan yang dibuat adalah teliti dan terancang.

Kebiasaanya (kena semak dengan pejabat tanah) status leasehold adalah untuk tempoh 99 tahun.

Dari segi market value leasehold 99 tahun dan freehold hampir tidak ada bezanya.

Cuma kena berhati-hati dengan status leasehold yang hanya tinggal baki 60 tahun.

Saya difahamkan (sila semak dengan bank) dari segi penilaian hartanah, lease hold yang mempunyai baki 60 tahun kadar market value mungkin akan menyusut.

Sekian



No comments:

Post a Comment