Saturday, December 5, 2009

AGEN HARTANAH

Daripada komen yang diterima, ada yang bertanyakan berkenaan selok belok agen hartanah.

Apabila disebut agen bermakna servis yang ditawarkan mesti dibayar dengan imbuhan kewangan.

Untuk makluman semua, laman blog ini tidak menerima sebarang komisyen di atas iklan yang diterbitkan disni. Oleh yang demikian saya bukan agen.

Berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini, apa yang boleh saya simpulkan berkenaan agen hartanah ini adalah mereka ini mahir di dalam bidang mereka. They are trained to sell.

Berlandaskan modal percakapan dan ilmu perihal kawasan tersebut, mereka mudah memepengaruhi dan menyakinkan pembeli untuk menerima apa yang disampaikan oleh mereka.

Sebagai pembeli kita mesti berupaya untuk menganalisa sendiri fakta-fakta berkenaan hartanah yang hendak dibeli.

Never Ever, bergantung kepada fakta yang diberikan oleh agen hartanah.

Agen hartanah cuma membantu dari segi additional information, anda yang harus membuat keputusan sendiri.

The Do and Donts -

1 - buat kajian sendiri berkenaan hartanah yang hendak dibeli.

2 - cuba beli daripada owner daripada agen hartanah kerana harga agen hartanah selalunya harga ditambah dengan komisyen.

3 - be a good listener, apabila anda sendang berunding dengan pemilik hartanah tersebut.

4 - Location, location, location....apa pun fakta yang anda temui yang menyakinkan anda untuk membeli hartanah tersebut, sekiranya lokasi terletak di sebelah pencawang, stesen janakuasa, kem tentera, berdekatan lombong dll....batalkan hasrat anda untuk membeli hartanah tersebut.

Sekiranya ada permintaan lain sila kemukakan persoalan anda.

Sekian

1 comment:

  1. saya sedang berurusan untuk membeli rumah melalui agen,tp saya rasa ada yang x kena apabila agen tersebut minta saya bank in deposit 10% seminggu awal sebelum tandatangan S&P....mcmmana klau lpas saya bank in,penjual xnak sign S&P...ada pendapat x...

    ReplyDelete