Wednesday, December 9, 2009

eBook Asas Pelaburan Hartanah Siri 2


Memandangkan kekurangan buku di pasaran berkenaan hartanah bagi Beginer.

Saya ingin mencadangkan mereka yang ingin mempelajari selok belok pelaburan hartanah untuk mendapatkan senaskah ebook 5 muka surat ini.

Kandunganya padat, mudah dan ringkas.

Memang sesuai untuk mereka yang ingin membeli hartanah pertama.

Siri 2 menceritakan butir-butiran berikut:

  1. Lokasi hartanah yang HOT
  2. Sumber rujukan jualan hartanah
  3. Bagaimana bank meluluskan permohonan pembiayaan.
  4. Panduan langkah-langkah membeli rumah bermula daripada downpayment
  5. Sales and purchase agreement
  6. dan lain-lain

Harga eBook 5 muka surat ini hanya RM5.


Bagi mereka yang berminat untuk membeli sila SMS nama dan Emel ke nombor telefon 013-9388940.

Sebaik menerima butiran anda kami akan menghantar maklumat akaun pembayaran maybank2u kami bagi tujuan pembayaran.

Setelah menerima bayaran ebook berkenaan akan diemel kepada anda.


IT'S THAT SIMPLE.

Bilik Untuk Disewa di Seri Kembangan

Bilik untuk disewa berdekatan Putrajaya & Cyberjaya

Sewa Bilik : RM150

- Putra Ria,Pinggiran Putra, Seri Kembangan 43300 Selangor
- ADA LIFT, TINGKAT 5
- 15 MINIT KE MMU, CYBERJAYA / PUTRAJAYA / PUCHONG
- BERSEBELAHAN PASAR BORONG, JUSCO & GIANT (DALAM PEMBINAAN) DAN SEBAGAINYA
- LALUAN TANPA TOL KE MMU, PUTRAJAYA/CYBERJAYA
- SATU BULAN DEPOSIT DAN RM 100.00 DEPOSIT UTILITI (AIR, ELETRIK DAN SISTEM PEMBETUNGAN)
- LELAKI MUSLIM (BAIK PERWATAKAN)
- KEMASUKAN SEGERA (DEC 2009/JAN 2010)
- STATION MINYAK PETROL (ESSO/SHELL/PETRONAS)
- KEMUDAHAN BAS METRO & RAPIDKL & TEKSI
- PASARAYA DAN KEDAI RUNCIT, 7-ELEVEN
- RESTORANT DAN KEDAI MAKAN, KFC, McDONALD, Pizza HUT
- Terdapat 7 Eleven, KFC, MC Donald, ATM, kedai makan/runcit, hypermarket, pasar borong, stesen minyak berdekatan.
- Banyak tempat meletak kereta secara percuma
- Kawasan Perumahan yang mempunyai infrastruktur lengkap
- Laluan Mudah Ke Kuala Lumpur, Nilai dan Seremban melalui Lebuhraya
- Rumah betul-betul terletak di tepi jalan raya
- Gambar: http://lbs.com.my/userfiles/image/TamanPinggiranPutra/PutraRiaApartment/ActualPhoto.jpg

Berminat, call/SMS : 0172364742 (Shahrun)

Monday, December 7, 2009

eBook Asas Pelaburan Hartanah Siri 1


Bagi mereka yang baru hendak menceburi bidang hartanah.

Saya ingin mempelewa anda semua untuk membeli eBook Asas Pelaburan Hartanah Siri 1.

Diantara kebaikan eBook 5 muka surat ini adalah:

1. Mudah, ringkas dan padat dengan kaedah untuk memulakan pelaburan hartanah;

2. Buku hartanah di pasaran tidak sesuai dengan keperluan pelabur-pelabur yang baru;

3. Mengandungi tips-tips yang amat berguna dan perkara yang mesti dielakkan ketika membeli rumah

4. Ditulis berdasarkan pengalaman sebenar dan bukan hanya melalui teori.

5. Dll.

Harga eBook ini hanya RM5.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli sila SMS nama dan Emel ke nombor telefon 013-9388940.

Sebaik menerima butiran anda kami akan menghantar maklumat akaun pembayaran maybank2u kami bagi tujuan pembayaran.

Setelah menerima bayaran ebook berkenaan akan diemel kepada anda.


IT'S THAT SIMPLE.

Sunday, December 6, 2009

HARGA MATI BELI ATAU TIDAK

Apabila kita berbicara mengenai pelaburan, kebiasaanya terdapat dua jenis pelaburan.

1. Pelaburan jangka masa panjang

2. Pelaburan jangka masa pendek

Contoh 1: Pelaburan Jangka Masa Pendek

Si pembeli membeli sebuah apartmen baru dalam pembinaan dengan harga RM130,000 dan menjualnya 2 tahun kemudian dengan harga RM150,000. Bermaksud keuntungan RM20,000 dalam tempoh 2 tahun. Keuntungan daripada pembelian ini dapat membantu anda dari segi wang deposit untuk pembelian rumah lain tetapi tidak akan dapat membantu anda dari segi jumlah income/pendapatan anda. (bank selalu menggunakan formula tanggungan/pendapatan).

Contoh 2: Pelaburan Jangka Masa Panjang

Si pembeli membeli sebuah apartment yang telah siap daripada pemilik dan meneruskan kutipan sewa selama sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum menjualnya semula. Keuntungan daripada sini ada dua, kenaikan harga hartanah dalam masa 5 tahun dan kutipan bulanan sewa yang boleh menampung untuk pembelian hartanah seterusnya.

Kedua-dua scenario di atas ada baik dan buruknya yang tersendiri.

Walaupun harga rumah anda membeli telah mencapai HARGA TEPU ATAU HARGA MATI, anda sebagai pelabur yang bijak harus mahir di dalam mempelbagaikan pelaburan anda dan menggunakan asset yang sedia ada untuk menjana keuntungan. Kata orang putih THERE IS ALWAYS ANOTHER WAY TO DO THINGS.

Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah, TIADA CARA MUDAH UNTUK MENDAPAT ILMU DAN KEUNTUNGAN DARIPADA PELABURAN.

Setiap pelaburan memerlukan keberanian, pengorbanan dan analisa yang terperinci.

Selamat melabur.

Saturday, December 5, 2009

AGEN HARTANAH

Daripada komen yang diterima, ada yang bertanyakan berkenaan selok belok agen hartanah.

Apabila disebut agen bermakna servis yang ditawarkan mesti dibayar dengan imbuhan kewangan.

Untuk makluman semua, laman blog ini tidak menerima sebarang komisyen di atas iklan yang diterbitkan disni. Oleh yang demikian saya bukan agen.

Berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini, apa yang boleh saya simpulkan berkenaan agen hartanah ini adalah mereka ini mahir di dalam bidang mereka. They are trained to sell.

Berlandaskan modal percakapan dan ilmu perihal kawasan tersebut, mereka mudah memepengaruhi dan menyakinkan pembeli untuk menerima apa yang disampaikan oleh mereka.

Sebagai pembeli kita mesti berupaya untuk menganalisa sendiri fakta-fakta berkenaan hartanah yang hendak dibeli.

Never Ever, bergantung kepada fakta yang diberikan oleh agen hartanah.

Agen hartanah cuma membantu dari segi additional information, anda yang harus membuat keputusan sendiri.

The Do and Donts -

1 - buat kajian sendiri berkenaan hartanah yang hendak dibeli.

2 - cuba beli daripada owner daripada agen hartanah kerana harga agen hartanah selalunya harga ditambah dengan komisyen.

3 - be a good listener, apabila anda sendang berunding dengan pemilik hartanah tersebut.

4 - Location, location, location....apa pun fakta yang anda temui yang menyakinkan anda untuk membeli hartanah tersebut, sekiranya lokasi terletak di sebelah pencawang, stesen janakuasa, kem tentera, berdekatan lombong dll....batalkan hasrat anda untuk membeli hartanah tersebut.

Sekiranya ada permintaan lain sila kemukakan persoalan anda.

Sekian

Thursday, December 3, 2009

Rumah Diperlukan di Kota Warisan Sepang

Petikan komen yang diterima

Anonymous said...

Saya dan isteri tengah mencari rumah/pansapuri di KOTA WARISAN, utk disewa atau dijual (jika harga capai tahap mampu).

Hubungi saya: 019-2022443 (zarul)

Tuesday, December 1, 2009

WANG SEGERA MELALUI REFINANCING

Sekiranya anda membeli apartment dengan harga RM54k dan anda mendapati market value tersebut telah meningkat kepada RM60-RM75k..apa yang akan anda buat???

Refinancing atau jual???

Memandangkan soalan yang diajukan kepada saya adalah berkenaan refinancing saya akan cuba mengupas serba lanjut berkenaan refinancing.

1. Sekiranya saya tidak silap, bermula dari 1 November 2009 kebanyakan bank di Malaysia tidak menawarkan free moving cost bagi pembelian sub-sale. Bermaksud pembeli terpaksa menanggung kos loan agreement dan legal fees yang berkaitan. (berbaloi ke nak refinancing kalau unutng cuma RM5k?? sedangkan kos legal fees adalah RM4k)

2. Sekiranya anda berusia 23 tahun dan telah memiliki sebuah apartment....gunakan kelebihan usia anda untuk berjaya di dalam bidang hartanah ini. PERCAYALAH USIA ANDA ADALAH KELEBIHAN YANG PALING UTAMA

3. Refinancing turut bermaksud hutang anda bertambah dan komitmen bayaran ansuran bank anda juga bertambah.

4. Setiap refinancing yang dibuat sebelum usia matang (biasanya 5 tahun) kontrak akan dikenakan denda sebanyak 3%

5. Perlukah anda tunggu 5 tahun untuk refinancing..... Saya bagi contoh: sekiranya anda membeli sebuah kondominium dengan harga RM190k dan selepas 2 tahun harga market value kondominium anda mencecah RM230k. Keuntungan yang anda dapat adalah RM40k. ....ditolak penalti 3% daripada jumlah pembiayaan sebanyak RM5.4k...anda sebenarnya masih untuk sebanyak RM34k++.

6. Apa yang paling penting disini adalah ...bagaimana efisyen dan bijaknya anda untuk melaburkan duit keuntungan daripada refinancing tersebut. Dengan pelaburan yang betul most likely keuntungan tersebut akan berganda.

7. Nasihat saya.... jangan sesekali melabur duit keuntungan anda ke atas asset yang cepat hangus i.e tv, radio, set sofa, kereta...etc.

Kesimpulanya....anda perlu mempunyai matlamat dalam pelaburan hartanah ini. Tanya diri sendiri apa matlamat anda menceburi bidang ini....dalam 5 tahun akan datang bagaimanakah rupa portfolio pelaburan hartanah anda???

Tetapkan target dan cuba capai target tersebut. (kalau tak banyak, sikit pun jadilah)