Thursday, April 30, 2009

Mentaliti Seorang Pelabur Hartanah

Saya tidak mempunyai banyak pengalaman di dalam bidang hartanah ini.

Kebanyakan pengalaman yang saya perolehi adalah daripada buku, nasihat dan cerita yang diampaikan oleh rakan-rakan dan kenalan saya.

Semasa menuntut di sekolah menegnah dahulu, kita sering diberitahu oleh guru sejarah bahawa maklumat sejarah boleh diperolehi daripada sumber utama (yakni bertulis) ataupun sekunder(cakap-cakap orang).

Saya merasakan sumber sekunder ini yang paling berharga kerana maklumat yang diperolehi adalah jauh lebih bernilai.

Cuba bayangkan sebuah rumah apartment bersaiz 750 kaki persegi. Mampukan anda menjual apartment kos sederhana tersebut dengan harga rm100 ribu.??? Kalau di KL mungkin ya anda boleh menjual dengan harga berlipat kali ganda....tetapi apa yang saya ingin kongsikan ini bukan di kl tetapi di kawasan Bangi.

Cuma mereka yang ada kekuatan dan kekentalan jiwa dan mental yang boleh bertahan dan tunggu kehadiran pembeli tersebut.

Disebabkan perlunya ada faktor kekentalan mentaliti yang tinggi ini, saya akan menerbitkan blog baru yang akan menjurus khusus kepada aspek persediaan diri dari segi mental, fizikal dan kewangan bagi membantu anda untuk terus bangun mencapai cita-cita anda.

Sila layari laman blog www.perkembanganminda.blogspot.com

Sekian

Tuesday, April 28, 2009

Ada Apa di Semenyih



Sebut sahaja nama kawasan Semenyih mungkin ramai akan kata "alaaa jauhnya tempat tu dari KL" ataupun "tak happening laa semenyih ni"

Itu semua kata hati, apa kata kita dengar kata akal.

Saya juga agak tidak optimistic untuk melabur di kawasan semenyih. maklum saja cuba saudara buat search di mudah.my dengan keyword "semenyih" saudara pasti akan terjumpa pelbagai projek di kawasan semenyih lebih-lebih lagi di kawasan Tasik Kesuma yang harga jualan rumah adalah amat rendah.

Kata akal lagi, sekiranya kawasan di semenyih ini tidak membangun, kenapa hypermarket Tesco sanggup melabur di kawasan tersebut? kenapa bank antarabangsa HSBC sanggup buka cawangan di kawasan tersebut? sebab apa harga rumah bagi kawasan Sunway Semenyih masih tinggi? Apa itu Highway LEKAS?

Hmmm....ini merupakan beberapa perkara yang kita harus ambil maklum dan perhatian yang serius.

Di sini saya ingin berkongsi maklumat flyers yang diterima.

Wednesday, April 22, 2009

Nilai Hartanah Dijangka Susut 20 Peratus

Pagi ini saya terbaca artikel ini yang dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia, kononya harga hartanah akan turun 20% pada tahun ini.

Apa yang saya pelik, menurut pengamatan saya harga rumah di sekitar lembah Klang masih sama mahal.

Pada pandangan saya pihak pemaju masih berupaya untuk mengekalkan harga jualan mengikut harga tanah semasa, adapun kalau ada hartanah yang murah lokasinya terletak nun jauh di pinggir Lembah Klang dan di ceruk-ceruk kawasan kampung.

Kita boleh tunggu, tetapi berapa lama kita boleh tunggu kerana semakin lama kita tunggu kekuatan ekonomi kita semakin terhakis kerana faktor-faktor inflasi akan mempengaruhi pasaran sehingga menyebabkan harga bahan binaan rumah semakin mahal.

Berikut merupakan pertikan daripada akhbar utusan malaysia:

KUALA LUMPUR 21 April - Pasaran hartanah tempatan dijangka mengalami penurunan nilai sekitar 10 hingga 20 peratus untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini ekoran aktiviti pembetulan harga dan sewa serta aktiviti pembinaan yang perlahan.

Berdasarkan kepada laporan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sasaran yang ditetapkan tidak dapat dicapai berikutan pergerakan perlahan dalam program pemulihan ekonomi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdullah Thalith Md. Thani berkata, berdasarkan petunjuk itu, pihaknya turut menjangkakan harga hartanah dan nilai sewaan turut terjejas pada tahun ini.

"Walaupun kerajaan mengumumkan pakej rangsangan baru-baru ini tetapi pasaran hartanah kediaman dilihat positif tetapi perlahan pada tahun ini berdasarkan beberapa pengukuran yang telah dibuat.

"Namun pada suku keempat tahun ini, harga hartanah dijangka meningkat semula selepas menerima kesan dari pakej rangsangan serta beberapa perubahan dalam sektor domestik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran laporan pasaran harta 2008 Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di sini hari ini yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung.

Dalam laporan yang dikeluarkan itu, pasaran hartanah berkembang pada suku pertama 2008 tetapi mula menguncup pada suku ketiga tahun berikutan krisis ekonomi.

Dalam tempoh itu juga, pasaran hartanah merekodkan penurunan bilangan jualan unit perumahan baru serta peningkatan bilangan dan nilai yang siap dibina tetapi tidak dapat dijual.

Bagi tempoh 12 bulan itu, pasaran hartanah merekodkan 340,240 pindah milik bernilai RM88.34 billion, peningkatan 9.9 peratus berbanding tahun 2007.

Subsektor harta kediaman kekal sebagai subsektor paling dominan membentuk 63.7 peratus daripada jumlah bilangan dan 46.8 peratus daripada jumlah nilai pindah milik.

Harta pertanian berada di tempat kedua dengan 20.3 peratus, daripada jumlah pindah milik diikuti harta komersial (9.3 peratus), tanah pembangunan (4.3 peratus) dan harta industri (2.4 peratus).

Menurut Abdullah Thalith, pada tahun lalu pasaran hartanah tidak mencapai sasaran sebagaimana yang diharapkan berikutan hanya 21,725 buah rumah telah dibeli berbanding 48,830 yang disediakan.

"Masih terdapat rumah yang siap dibina tetapi tidak dibeli dan jumlah itu meningkat sehingga 9.1 peratus iaitu 23,866 pada tahun 2007 kepada 26,029 buah rumah," katanya.


Tuesday, April 14, 2009

Beli Dari Atas Tangan - Sub-Sale Property

Untuk makluman semua terma yang digunakan ketika membeli hartanah dari tangan orang lain adalah dipanggil sub sale.

Dari pengalaman saya proses pembelian sub sale agak sukar berbanding pembelian baru.

Ini adalah kerana faktor-faktor berikut:

1. Bagi nilai hartanah di bawah RM100k, si pembeli terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membiayai kos S&P dan loan agreement.

2. Lain-lain kos terlibat adalah evaluation report.

3. Kos legal fee bagi Islamic financing mahal sikit disebabkan dokumen bagi pembelian secara islam lebih banyak berbanding dokumen pembelian secara konvensional.

4. selalunya bank akan membuat pembiayaan sebanyak 90% baki 10% dikeluarkan oleh pembeli di dalam bentuk deposit.

Dalam erti kata lain, sekiranya anda membeli hartanah bernilai contoh RM90k bayaran yang anda terpaksa keluarkan bagi legal fee adalah sekitar bawah RM5K.

Wednesday, April 8, 2009

BN KALAH LAGI

Hari ini saya ingin berbicara sedikit mengenai politik.

Bukan apa sebagai seorang rakyat Malaysia saya rasa terpanggil untuk melihat negara saya yang saya cintai ini maju dan makmur seperti suatu masa dahulu.

Analisis saya senang sebab apa BN kalah adalah disebabkan faktor berikut:

1. Generasi muda merasakan tiada PELUANG disediakan oleh kerajaan untuk memajukan diri. Apabila tiada peluang untuk memajukan diri maka jiwa akan memberontak.

2. Jentera BN tidak menggunakan medium ICT sepenuhnya. Masih mengharapkan mainstream media untuk menyampaikan mesej.

3. Perayu undi BN tidak mengenal pasti pengundi bagi kawasan Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang tinggal di luar kawasan tersebut. Menyebabkan ramai golongan ini yang tidak balik mengundi.

4. Golongan pemimpin muda BN amat mengecewakan tiada ciri-ciri kepimpinan yang dihendakkan oleh pengundi.

Analisis tamabahan akan menyusul selepas ini....

Thursday, April 2, 2009

Agen Hartanah

Sekiranya kita mempunyai rumah xtra, besar kemungkinan kita akan menyewakan rumah yang tidak dihuni.

Sekiranya nak untung maka kita hendaklah menyewakan sendiri hartanah tersebut.

Sekiranya kita tak nak menyusahkan diri sendiri mencari penyewa, maka kita boleh gunakan khidmat agen hartanah.

Bayaran bagi agen hartanah ini selalunya adalah satu bulan sewa.

Pendek kata, agen akan menyediakan kontrak sewa dan di dalam terma kontrak bayaran yang akan dikenakan adalah 3 bulan deposit yang mana satu bulan deposit adalah untuk bayaran service fee kepada agen.

Siapa cakap kita kena ada duit untuk buat bissness????