Wednesday, February 10, 2010

Apartment Putra Harmoni Presint 9 Putrajaya

Saya difahamkan pernah ada satu lelongan yang diadakan yang mana harga bagi Aartment Putra Harmoni Presint 9 Putrajaya mencecah sampai harga RM114k.

WOOW...

Bayangkan anda mengeluarkan duit sebegitu banyak untuk membeli apartment yang mana harga maximum sewa bulanan adalah hanya RM700.

Ditambah kadar penyewa keluar masuk adalah sangat tinggi, mana tidak rata-rata yang tinggal di apartment tersebut adalah kakitangan kerajaan yang mana umum sedia maklum kakitangan muda kerajaan yang bujang dan semestinya akan dan mempunyai perancangan untuk kahwin pada usia muda.

Tahukan anda bahawa harga pasaran apartment tersebut adalah di sekitar RM100k sahaja.

Pendek kata kalau nak beli rumah lelong pastikan harga rumah lelong tersebut di bawah harga pasaran dan pulangan sewa berbaloi dengan hasil pelaburan anda.


No comments:

Post a Comment