Tuesday, November 24, 2009

IKLAN RUMAH SEWA DI PUTRAJAYA

Berita baik bagi mereka yang memerlukan rumah sewa:

Petikan dari komen yang diterima:

RUMAH DI PRESINT 9

wawa


Ada bilik kosong dirumah kami di presint 9. sesiapa yang berminat boleh hunbungi saya di talian 012-765 9181. rumah mudah dengan kemudahan untuk ke office. hanya 10minit. perkhidmatan bus banyak.

RUMAH DI PRECINT 16

hidayah said...

hai,

Sy ada rumah utk disewa di Precint 16, Putrajaya... Rental RM2,000 coz rumah ni 2& half storey.. ada 5 bilik, 3 bilik air... sangat besar dan selesa.. if berminat, jgn segan2 call ya +6012-7826265...

Sunday, November 22, 2009

Villa Tropika at UKM Bangi


Kawasan Bandar Baru Bangi semakin hari semakin pesat membangun.

Bayangkan harga rumah semi D di BBB boleh mencecah hingga RM700k dan rumah teres di sekitar harga RM350-400k.

Memandangkan harga rumah tanah yang begitu mahal, peluang untuk mendapatkan rumah sewa yang murah di bangi lebih tertumpu kepada rumah jenis apartment.

Terbaru projek daripada kumulan MCT di Sungai Tangkas Bangi (berhampiran stesyen komuter UKM Bangi)

Villa Tropika membuka dimensi baru kepada pasaran hartanah di Bandar Baru Bangi, kerana ianya menawarkan peluang kepada golongan profesional yang tinggal di sekitar Putrajaya, Bangi, Serdang dan Cyberjaya untuk menduduki rumah sewa yang selesa dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan dengan kadar yang berpatutan.

Faktor yang menarik berkenaan Villa Tropika terletak kepada pilihan mode pengangkutan yang pelbagai.

Stesyen Komuter Bangi hanya sekitar 200 meter.

Stesyen Bas Kajang hanya 3KM.

Dan yang paling penting kampus UKM hanya terletak kurang 1km dari villa tropika.

Thursday, November 19, 2009

MAPEX 2009

MAPEX 2009 akan berlangsung dari 20 - 22 November bertempat di MidValley Convention Center.

Bagi mereka yang hendak mencari rumah atau berjinak-jinak dengan sektor hartanah boleh gunakan platform ini untuk menimba ilmu.

Tetapi awas, jangan percayakan bulat-bulat kata-kata manis salesman atau salesgirl kerana mereka memang dilatih untuk menjual dan kata-kata manis yang dikeluarkan adalah untuk mendapatkan sales commission dan bukan untuk faedah anda sebagai pembeli.

Satu lagi tips, hanya rumah-rumah yang tidak laris akan dipamerkan di pameran ini.

kesimpulanya, gunakan kepakaran anda untuk menilai rumah mana yang paling ideal untuk diri anda.

Tuesday, November 17, 2009

NILAI SEBENAR RUMAH ANDA

Bandingkan rumah townhouse di Precint 16 Putrajaya dan Rumah Teres di Bukit Puchong.

Rumah Townhouse Precint 16 Berharga RM290k
- saiz kecil berbanding rumah teres
- sekolah rendah dan menengah di belakang rumah
- surau belakang rumah
- taman permainan depan rumah
- Pusat membeli belah Alamanda hanya 800 m
- Petronas hanya 300 m
- Ada klinik
- n macam macam

Rumah Teres Bukit Puchong dan kawasan kawasan lain yang sewaktu denganya harga pun dalam RM290k
- apa yang ada kecuali rumah lebih batu bata sahaja
- ada klinik??
-ada sekolah??
- ada surau??
- jalan berlubang sana sini


Kesimpulanya membeli rumah bukan hanya berdasarkan faktor saiz rumah tetapi anda sebenarnya turut membeli kawasan persekitaran rumah tersebut.

Rumah Sewa di LCCT Diperlukan



nafham said...

i mencari rumah sewa samada flat or teres sekitar lcct. mula keje di lcct 1st dec ni mgkn. budget bwh 400. email ke nafham_86@yahoo.com klu ada.

Wednesday, November 11, 2009

Peguam Lesap Dengan Wang Pelanggan

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Impian seorang wanita untuk mendapatkan baki wang hasil menjual rumahnya di Seremban Jaya, Negeri Sembilan, berkecai apabila peguam yang dilantik untuk membantu urusan itu melarikan wang tersebut.

Mangsa, V. Santhey, 40, yang merupakan seorang peminjam wang berlesen mendakwa dia diperkenalkan oleh bapa saudara kepada peguam itu bagi mendapatkan perkhidmatannya.

Berasaskan hubungan baik dalam perniagaan dengan bapa saudara suspek, dia kemudian bersetuju melantik firma guaman peguam terbabit sebagai saksi kepada proses jual beli tersebut.

Katanya, apabila baki wang tersebut diluluskan oleh sebuah bank tempatan, Santhey pergi ke pejabat bank terbabit untuk mengambil cek berkenaan.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati cek itu dinamakan atas nama firma guaman terbabit. Mangsa kemudiannya mengarahkan pihak bank untuk mengubah kepada namanya.

''Apabila selesai proses tukar nama dan melihat sendiri cek itu ditulis atas nama saya, saya berasa percaya dan puas hati.

''Pihak bank turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menghantar cek tersebut ke firma guaman suspek dan mengarahkan saya merujuk kepada firma tersebut,'' katanya ketika ditemui di Wisma MCA di Jalan Ampang di sini hari ini.

Tambah Santhey, suspek ada memberitahu mangsa supaya tidak bimbang dan cek itu akan dimasukkan ke akaunnya dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, katanya, janji hanya tinggal janji apabila peguam berkenaan menghilang sejak 2007 tanpa memasukkan wang baki jualan rumah berjumlah RM100,700.

Difahamkan, bank tempatan itu telah mengakui kesilapan pihaknya dalam proses tunai cek yang dilakukan oleh suspek yang turut dipercayai melakukan aktiviti penipuan hingga jutaan ringgit.

Menurut Santhey, dia kemudiannya mengadu perkara itu kepada Majlis Peguam yang telah membatalkan lesen guaman suspek pada Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya akan meminta penjelasan daripada pihak bank ekoran kejadian itu.

Jelasnya, sepanjang tahun ini, sebanyak tiga kes melibatkan penipuan di kalangan peguam dilaporkan kepada pihaknya.

Sumber: Utusan Online

Wednesday, November 4, 2009

Bilik Sewa Putrajaya - Presint 11

Comment yang diterima daripada (yumi)

i have room to let for female only..location Presint 11, Putrajaya, Harga RM 250 per month..Urgent!


Biliktu harga mungkin mahal tp berbaloi dengan size rumah yang besar - rumah teres dua tingkat di Presint 11 bdktan petronas presint 11, rumah tersebut ada kabinet dapur and ruang tamu yang luas dan mempunyai kemudahan parking

Please contact me asap..0192020615 (yumi)