Sunday, November 22, 2009

Villa Tropika at UKM Bangi


Kawasan Bandar Baru Bangi semakin hari semakin pesat membangun.

Bayangkan harga rumah semi D di BBB boleh mencecah hingga RM700k dan rumah teres di sekitar harga RM350-400k.

Memandangkan harga rumah tanah yang begitu mahal, peluang untuk mendapatkan rumah sewa yang murah di bangi lebih tertumpu kepada rumah jenis apartment.

Terbaru projek daripada kumulan MCT di Sungai Tangkas Bangi (berhampiran stesyen komuter UKM Bangi)

Villa Tropika membuka dimensi baru kepada pasaran hartanah di Bandar Baru Bangi, kerana ianya menawarkan peluang kepada golongan profesional yang tinggal di sekitar Putrajaya, Bangi, Serdang dan Cyberjaya untuk menduduki rumah sewa yang selesa dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan dengan kadar yang berpatutan.

Faktor yang menarik berkenaan Villa Tropika terletak kepada pilihan mode pengangkutan yang pelbagai.

Stesyen Komuter Bangi hanya sekitar 200 meter.

Stesyen Bas Kajang hanya 3KM.

Dan yang paling penting kampus UKM hanya terletak kurang 1km dari villa tropika.

No comments:

Post a Comment