Tuesday, September 29, 2009

Pengasuh Bayi Putrajaya

Selain rumah sewa, saya sering juga menerima pertanyaan berkenaan perkhidmatan penjagaan bayi.

Bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan penjagaan bayi.

Sila sms Pn Nor di talian 0139388940.

Lokasi pengasuh bayi tersebut adalah di Presint 16 Putrajaya.

Iklan Rumah Sewa di Putrajaya

Baru-baru ini saya ada menerima pertanyaan berkenaan rumah sewa di Putrajaya.

Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput tuan-tuan rumah sekalian ataupun para penyewa yang memerlukan penyewa baru untuk menggunakan blog ini untuk mengiklankan rumah atau bilik sewa yang hendak disewakan.

Iklan sewa tersebut boleh diemel ke ogos31@yahoo.com ataupun melalui ruangan komen di bawah.

Saya akan terbitkan iklan sewa tersebut pada keesokan harinya.

Moga kita dapat saling bantu-membantu.


Friday, September 25, 2009

3G dan Kesesakan

Raya di kampung pada tahun ini agak berlainan.

Keseronokan aidilfitri tak seperti dahulu.

Tiada lagi lampu warna warni berkelipan, tiada lagi cahaya pelita menerangi perkarangan kampung dan tiada lagi senyum tawa kanak-kanak di malam raya.

Mungkin peredaran zaman telah menyebabkan norma-norma sambutan hari raya berbeza daripada yang sebelum ini.

Saya juga tidak terkecuali, menggunakan teknologi 3G melalui telefon. Saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding berkunjung ke rumah sanak saudara.

Apa yang memeningkan saya, adalah kadar kesekakan rangkaian yang dialamai oleh syarikat Telco.

Bila tiba je musim raya, bukan sahaja jalan raya di lebuh raya mahupun bandar sesak dan padat.

Malahan talian telco (rangakaian mudah alih) turut mengalami kesesakan.

Saya membayar lebih kurang RM100++ setiap bulan untuk perkhidmatan telco tetapi adakah mutu perkhidmatan terputus-putus (gangguan kepada rangkaian) ini yang diharapkan???

Mungkin kuasa pengguna masih belum bersatu di dalam memastikan syarikat Telco yang terlibat lebih bertanggungjawab di dalam menyediakan perkhidmatan yang disediakan.

Sampai bila masyarakat pengguna akan duduk diam???

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang melayari blog ini saya ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada anda semua.

Tahun ini saya akan beraya di Kampung di Kuala Terengganu.

Bagi sesiapa yang pernah melawat Bandaraya Kuala Terengganu anda mungkin menyedari banyak perubahan telah berlaku kepada yang dahulunya merupakan sebuah pekan nelayan dan pelabuhan kecil di pantai timur ini.

Saya telah memerhati perubahan yang ketara terhadap bandaraya ini, ada sesetengah mengatakan ianya hanya perubahan kosmetik tetapi fakta yang nyata ialah Negeri Terengganu merupakan negeri yang paling maju dari segi kemudahan asas infrastruktur seperti air, jalan raya dan kemudahan elektrik.

Dengan segala kemajuan ini, tidak hairanlah rumah teres 2 tingkat di bandaraya ini boleh mececah harga jualan sehingga RM200 ribu.

Hmm...tetapi sayang pulangan kadar sewa hanya sekitar RM500.


Tuesday, September 15, 2009

Laluan LRT Baru

Terbaru!

Bulletin utama semalam melaporkan mengenai cadangan pembinaan laluan LRT Baru.

Dari segi aspek pelaburan hartanah, secara tidak langsung ianya akan menaikkan harga hartanah di kawasan sepanjang laluan LRT tersebut.

Thats explain mengapa kawasan di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Taman Sains Selangor dan Pinggiran Putra begitu pesat membangun.

Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu???

Link kepada cadangan laluan LRT baru - Klik Di Sini

Berita yang dipetik dari sumber Utusan Malaysia

LRT: Kos tambah laluan RM7b


Idrose Mohamed menunjukkan salah satu cadangan pelan dan reka bentuk sambungan stesen transit aliran ringan laluan Ampang dan Kelana Jaya di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Sept. – Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) menganggarkan kos projek menambah laluan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya dan Ampang, kedua-duanya di Selangor berjumlah RM7 bilion.

Pembinaan projek yang dijangka bermula pada awal tahun depan itu bertujuan meningkatkan perkhidmatan dan memberi kemudahan kepada hampir sejuta pengguna LRT di sekitar Lembah Klang setiap hari.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Idrose Mohamed berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM2 bilion yang diperoleh daripada dana dalaman manakala RM4 bilion lagi akan diperoleh melalui terbitan bon.

Katanya, bon bernilai RM2 bilion akan diterbitkan pada tahun ini manakala baki bon berjumlah RM2 bilion akan diterbitkan pada tahun depan.

“Peruntukan RM1 bilion akan ditentukan berdasarkan perkembangan projek dan kemungkinan ia dilakukan melalui bon atau pun melalui dana dalaman.

“Masa pembinaan projek ini adalah selama tiga tahun dan dijangka siap pada akhir 2012, tetapi tarikh operasinya tidak dapat ditentukan lagi kerana mengambil kira faktor-faktor lain termasuk kelulusan perjalanan tren,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat media tentang projek laluan tambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang di sini hari ini.

Sebanyak 13 set tren dengan setiap satu set mempunyai enam gerabak disediakan untuk laluan tambahan LRT dari Ampang manakala 35 set tren dengan (empat gerabak setiap satu set) untuk sambungan LRT dari Kelana Jaya.

Cadangan laluan tambahan LRT dari Ampang bermula dari Sri Petaling, Kuala Lumpur yang akan melalui Kinrara dan Puchong sebelum laluan ditamatkan di Putra Heights, Subang Jaya di sini.

Laluan itu meliputi jarak sejauh 17.7 kilometer (km) dengan 13 stesen LRT baru selain tujuh kawasan tempat meletak kenderaan dengan enam daripadanya merupakan tempat meletak kenderaan bertingkat.

Cadangan laluan tambahan LRT dari Kelana Jaya pula menyaksikan pembinaan 13 buah stesen sejauh 17km bermula dari stesen Kelana Jaya melepasi Subang Jaya dan USJ sebelum berakhir di Putra Heights.

Laluan LRT Kelana Jaya mempunyai lima tempat meletak kenderaan bertingkat.

Sehingga kini, LRT untuk kedua-dua laluan itu hanya mampu membawa 350,000 penumpang sehari iaitu 170,000 orang untuk laluan Ampang dan 180,000 penumpang bagi laluan Kelana Jaya.

Syarikat juga sudah menyediakan pelan dan reka bentuk projek tersebut dan memberi tempoh selama tiga bulan untuk menerima maklum balas, pandangan dan cadangan daripada orang ramai, bermula esok.

Ditanya mengenai syarikat kontraktor yang akan menjalankan projek berkenaan, Idrose berkata, pihaknya akan mengeluarkan iklan pra-kelayakan pada bulan depan.

Katanya, ia merupakan tender terbuka dan mana-mana kontraktor dijemput untuk menyertai projek berkenaan.

‘’Kami masih belum dapat menganggarkan jumlah syarikat kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut kerana masih menunggu maklum balas daripada orang ramai selama tiga bulan,’’ ujarnya.

Ditanya tentang kos pampasan kepada penduduk yang terlibat dengan projek laluan tambahan kedua-dua LRT, Idrose berkata, nilai berkenaan masih belum dapat ditaksir lagi.

Kata beliau, pihaknya masih memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk membuat penelitian, cadangan dan aduan mengenai pelan laluan kedua-dua jajaran itu.

‘’Senarai nama mereka yang terbabit dengan projek laluan tambahan LRT berkenaan akan dimaklumkan Prasarana,’’ katanya.

Orang ramai juga boleh mengutarakan pandangan dan cadangan masing-masing mengenai pelan laluan baru kedua-dua LRT melalui laman web di alamat www.dor. gov.my.

Saturday, September 12, 2009

Survey Mudah- Sudahkah anda mempunyai kediaman sendiri?

Memandangkan blog ini bercerita mengenai pelaburan berbentuk hartanah, saya kira ada baiknya satu tinjauan simple dibuat berkenaan aset hartanah yang dimiliki oleh pengunjung blog ini.

Dengan adanya maklmat yang diperolehi kelak adalah diharapkan isi kandungan blog ini akan dapat diolah bagi membantu anda untuk mendapatkan aset hartanah sendiri...terima kasih

Friday, September 11, 2009

Blogger Networking- Beli Rumah Tanpa keluar Duit..??

Saya ingin berkongsi mengenai satu artikel yang diterbitkan oleh rakan blogger kita dari jom2lelong.blogspot.com

Artikel yang diterbitkan menceritakan kaedah membeli rumah tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak dengan hanya menggunakan instrumen kewangan yang ada di pasaran sepert personal loan dan overdraft.

Pendek kata, ini dipanggil kreativiti dan hanya mereka yang mempunyai kreativiti boleh terus maju dan berjaya dalam bidang ini.

Selamat membaca...

klick di sini : teori simple membeli rumah

Monday, September 7, 2009

Pengalaman Jual Rumah

Pengalaman jual rumah tak semudah membeli rumah daripada pihak pemaju.

Ini kerana membeli daripada pemaju segala proses dari A-Z dilakukan oleh pihak Pemaju.

Menjual rumah pula anda terpaksa berhadapan dengan pembeli, memasuki proses rundingan harga, membawa pembeli untuk meninjau rumah dan macam-macam kerenah lagi.

Walau bagaimanapun, apa yang penting di sini adalah PENGALAMAN.

Sebelum menjual rumah beberapa perkara harus anda semak terlebih dahulu:

1- Jumlah baki semasa (early settlement) daripada pihak bank.

2- Bili-bil tertunggak

3 -Kenali pembeli anda (tanya soalan-soalan yang berkaitan untuk menujukan tahap keseriusan pembeli)

4- Tetapkan harga semasa proses rundingan harga

5- Baca dan fahami kandungan surat tawaran daripada bank untuk elak caj penalti kerana jual awal

6 - Tunggu proses pindah milik selesai dalam tempoh 4 - 5 bulan.