Tuesday, September 15, 2009

Laluan LRT Baru

Terbaru!

Bulletin utama semalam melaporkan mengenai cadangan pembinaan laluan LRT Baru.

Dari segi aspek pelaburan hartanah, secara tidak langsung ianya akan menaikkan harga hartanah di kawasan sepanjang laluan LRT tersebut.

Thats explain mengapa kawasan di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Taman Sains Selangor dan Pinggiran Putra begitu pesat membangun.

Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu???

Link kepada cadangan laluan LRT baru - Klik Di Sini

Berita yang dipetik dari sumber Utusan Malaysia

LRT: Kos tambah laluan RM7b


Idrose Mohamed menunjukkan salah satu cadangan pelan dan reka bentuk sambungan stesen transit aliran ringan laluan Ampang dan Kelana Jaya di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Sept. – Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) menganggarkan kos projek menambah laluan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya dan Ampang, kedua-duanya di Selangor berjumlah RM7 bilion.

Pembinaan projek yang dijangka bermula pada awal tahun depan itu bertujuan meningkatkan perkhidmatan dan memberi kemudahan kepada hampir sejuta pengguna LRT di sekitar Lembah Klang setiap hari.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Idrose Mohamed berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM2 bilion yang diperoleh daripada dana dalaman manakala RM4 bilion lagi akan diperoleh melalui terbitan bon.

Katanya, bon bernilai RM2 bilion akan diterbitkan pada tahun ini manakala baki bon berjumlah RM2 bilion akan diterbitkan pada tahun depan.

“Peruntukan RM1 bilion akan ditentukan berdasarkan perkembangan projek dan kemungkinan ia dilakukan melalui bon atau pun melalui dana dalaman.

“Masa pembinaan projek ini adalah selama tiga tahun dan dijangka siap pada akhir 2012, tetapi tarikh operasinya tidak dapat ditentukan lagi kerana mengambil kira faktor-faktor lain termasuk kelulusan perjalanan tren,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat media tentang projek laluan tambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang di sini hari ini.

Sebanyak 13 set tren dengan setiap satu set mempunyai enam gerabak disediakan untuk laluan tambahan LRT dari Ampang manakala 35 set tren dengan (empat gerabak setiap satu set) untuk sambungan LRT dari Kelana Jaya.

Cadangan laluan tambahan LRT dari Ampang bermula dari Sri Petaling, Kuala Lumpur yang akan melalui Kinrara dan Puchong sebelum laluan ditamatkan di Putra Heights, Subang Jaya di sini.

Laluan itu meliputi jarak sejauh 17.7 kilometer (km) dengan 13 stesen LRT baru selain tujuh kawasan tempat meletak kenderaan dengan enam daripadanya merupakan tempat meletak kenderaan bertingkat.

Cadangan laluan tambahan LRT dari Kelana Jaya pula menyaksikan pembinaan 13 buah stesen sejauh 17km bermula dari stesen Kelana Jaya melepasi Subang Jaya dan USJ sebelum berakhir di Putra Heights.

Laluan LRT Kelana Jaya mempunyai lima tempat meletak kenderaan bertingkat.

Sehingga kini, LRT untuk kedua-dua laluan itu hanya mampu membawa 350,000 penumpang sehari iaitu 170,000 orang untuk laluan Ampang dan 180,000 penumpang bagi laluan Kelana Jaya.

Syarikat juga sudah menyediakan pelan dan reka bentuk projek tersebut dan memberi tempoh selama tiga bulan untuk menerima maklum balas, pandangan dan cadangan daripada orang ramai, bermula esok.

Ditanya mengenai syarikat kontraktor yang akan menjalankan projek berkenaan, Idrose berkata, pihaknya akan mengeluarkan iklan pra-kelayakan pada bulan depan.

Katanya, ia merupakan tender terbuka dan mana-mana kontraktor dijemput untuk menyertai projek berkenaan.

‘’Kami masih belum dapat menganggarkan jumlah syarikat kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut kerana masih menunggu maklum balas daripada orang ramai selama tiga bulan,’’ ujarnya.

Ditanya tentang kos pampasan kepada penduduk yang terlibat dengan projek laluan tambahan kedua-dua LRT, Idrose berkata, nilai berkenaan masih belum dapat ditaksir lagi.

Kata beliau, pihaknya masih memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk membuat penelitian, cadangan dan aduan mengenai pelan laluan kedua-dua jajaran itu.

‘’Senarai nama mereka yang terbabit dengan projek laluan tambahan LRT berkenaan akan dimaklumkan Prasarana,’’ katanya.

Orang ramai juga boleh mengutarakan pandangan dan cadangan masing-masing mengenai pelan laluan baru kedua-dua LRT melalui laman web di alamat www.dor. gov.my.

No comments:

Post a Comment