Monday, October 19, 2009

Nasib Kaum Lelaki

Bagi mereka yang pernah melalui zaman menduduki rumah sewa terutamanya kaum lelaki.

Anda mungkin pernah berdepan dengan situasi dimana tuan rumah lebih mengutamakan penyewa perempuan daripada lelaki.

Tidak dapat dinafikan trend memilih atau mengutamakan penyewa perempuan berbanding lelaki memang wujud.

Diantara alasan yang sering diberikan oleh tuan rumah:

1. Penyewa lelaki ni pengotor.

2. Penyewa lelaki lebih terdedah kepada aktiviti sosial yang melampau.

3. Penyewa lelaki ligat untuk membayar sewa rumah.

4. Penyewa lelaki cenderung untuk menjemput kawan-kawan lain untuk duduk satu rumah.

5, Penyewa lelaki ni pengasar, dan akan menyebabkan banyak peralatan rumah sewa rosak.

6. dan lain-lain.

Sejauh mana betulnya andaian di atas, hanya anda yang tahu.

Mengikut pengalaman saya, lelaki atau perempuan semuanya sama.

Apa yang penting adalah Sewa rumah mesti dibayar tepat pada masanya tanpa sebarang alasan yang remeh temeh.

Bagi kaum lelaki yang menghadapi masalah seperti di atas, anda kena mahir di dalam ilmu negotiation dengan tuan rumah.

Bak kata orang putih, EVERY MAN HAS A PRICE.

1 comment: