Monday, May 18, 2009

Petunjuk ekonomi dan Harga Rumah

Pentunjuk ekonomi semasa ada menunjukan sedikit trend menaik.

Mungkin masih terlalu awal untuk mengandaikan bahawa ekonomi telah pulih, tetapi tanda-tanda pemulihan sudah mula boleh dilihat.

Saya disini bukan hendak mengulas lebih lanjut berkenaan ekonomi, apa yang saya nak jelaskan di sini adalah berkenaan harga hartanah.

Daripada mula ekonomi gawat hingga sekarang, harga hartanah di Kawasan Kuala Lumpur Selatan (Serdang, Puchong, Bangi, Putrajaya dan dll) masih sama mahal.

Malahan ada yang telah naik walaupun di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Bayangkan untuk membeli hartanah bernilai RM200k bagi rumah teres di kawasan ini sudah tentu teramat sukar, kerana harga bagi rumah teres di kawasan ini berlegar di sekitar RM300k.

Trend menaik ini adalah amat membimbangkan kerana dari segi ekonomi, di dalam suasana ekonomi yang suram ini harga pasaran sepatutnya diperbetulkan (adjustment) sesuai dengan suasana ekonomi.

Tetapi ini tidak berlaku, jelas sekali menunujukan bahawa permintaan bagi perumahan di kawasan ini adalah jauh lebih tinggi berbanding penawaran.

Dan margin keuntungan yang mungkin diperolehi adalah jauh lebih tinggi daripada menjual hartanah tersebut dengan harga diskaun.

No comments:

Post a Comment