Monday, May 11, 2009

Apartment Mampu MIlik Precint 9 Putrajaya

Bagi mereka yang mempunyai hasrat untuk membeli apartment mampu milik Presint 9 Putrajaya, harga jualan di yang diperolehi daripada www.mudah.my adalah sekitar RM98 ribu sehingga RM100++ ribu.

Memang tidak dinafikan harga tersebut telah melambung naik daripada harga jualan terdahulu iaitu di sekitar RM60 ribu.

Untuk makluman market value bagi rumah tersebut boleh mencecah rm95 ribu, dan kebanyakan bank hanya akan membiayai pinjaman sehingga 90%.

Secara ringkasnya sekiranya kita membeli pada harga rm98 ribu, jumlah pinjaman yang akan dibiayai oleh pihak bank adalah RM88200.

Maksudnya kita terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri sebanyak RM9800.

Dan selain daripada duit poket sendiri, pembeli juga terpaksa mengeluarkan kos penyediaan SNP dan Loan Agreement yang boleh mencecah sehingga RM5000.

Secara keseluruhannya anda memerlukan RM14800 bagi pembelian Apartment mampu milik tersebut.

Pandangan saya, walaupun apartment tersebut boleh menjana keuntungan namun berapa tahun diperlukan untuk mendapatkan balik jumlah pelaburan yang kita taburkan ke atas rumah tersebut?

Mungkin daripada sewa kita boleh untung sekitar RM300 sebulan, namun perlu diingat kadar faedah serendah pada hari ini tidak semestinya akan kekal rendah pada masa hadapan.

Sekiranya kadar BLR naik kita mungkin terpaksa membayar lebih kepada pihak bank ataupun kadar sewa yang dipungut setiap bulan hanya setakat mencukupi untuk menampung pembayaran balik ansuran bank.

Dah laa kita beli pada harga rm98 ribu takkan kita nak menjual apartment tersebut denbgan harga lebih rm100 ribu?

No comments:

Post a Comment