Thursday, March 12, 2009

Pilihan ! Pilihan ! Pilihan !

Sama ada suka atau tidak suka manusia kena buat pilihan.

Nak kahwin kena buat pilihan, nak makan pun kena buat pilihan hatta nak pergi ke tandas pun kena buat pilihan.

Di dalam pelaburan hartanah pilihan yang tepat akan membawa seribu satu kebahagian tetapi sekiranya anda membuat pilihan yang kurang tepat ianya akan hanya mengundang duka berpanjangan.

Di dalam memilih rumah yang bakal dibeli banyak faktor yang harus difikirkan sebelum kita membeli rumah tersebut,

Bagi mereka yang ingin membeli rumah jenis apartmen izinkan saya berkongsi faktor-faktor yang harus difikirkan sebelum anda membuat pembelian tersebut:

1. Lokasi apartment tersebut

2. Prestasi pengurusan (management) apartment

3. Kerjasama penduduk apartment (kesanggupan membayar fee maintenance tepat pada masa)

4. Masalah tempat letak kereta

5. Keselamatan

6. Kemudahan yang disediakan

7. lain-lain

dan.....Banyak lagi faktor yang harus difikirkan.....sehingga kita bersua pada artikel seterusnya.

No comments:

Post a Comment