Sunday, March 22, 2009

Jom Beli Perabut

Baru-baru ini saya telah mengalami satu kejutan ketika meronda-ronda membeli perabut di sekitar Bandar Puchong.

Ada sebuah kedai perabut ini apabila saya bertanyakan jenis dan harga perabut yang dijual layanan yang diberikan kepada customer amat mengecewakan.

Ini adalah kerana teknik salesman di kedai perabut itu seolah-olah memaksa customer untuk membeli perabut yang ditunjukkan.

Cuba bayangkan apabila customer bertanyakan harga tak semestinya customer tersebut akan membeli kerana sebagai pengguna bijak kita kena bbandingkan harga perabut diantara Kedai A dan Kedai B or maybe Kedai C.

Perbandingan harga yang hendak dibuat oleh customer tidak disambut baik oleh salesman yang tetap bertegas agar customer membeli perabut yang disyorkan oleh beliau.

Apa lagi dalam keadaan tertekan ketika itu, mana ada customer yang hendak membeli di kedai perabut tersebut.

Kesimpulanya....berhati-hati ketika membeli perabut kerana sekiranya kita tidak kuat semangat alamat terbang laa RM kita bersama perabut yang tidak di ingini.

Sekian

No comments:

Post a Comment