Tuesday, November 23, 2010

Keperluan Listing Rumah Sewa

Salam sejahtera

Bagi mereka yang hendak megiklankan iklan rumah sewa sila pastikan butiran telefon atau emel disediakan bagi memudahkan pihak yang berminat untuk menghubungi anda.

Terima kasih

Friday, August 13, 2010

TASKA PRESINT 9 PUTRAJAYA

Sekadar membantu rakan untuk tujuan Pengiklanan.

Untuk warga putrajaya yang sedang mencari taska untuk anak-anak mereka.

Kenalan saya mempunyai sebuah taska di presint 9 putrajaya dan bersedia menerima kemasukan bayi 2 bulan dan kanak-kanak berusia sehingga 4 tahun.

Sekiranya berminat sila hubungi puan Noor di talian 0122804394

Tuesday, June 8, 2010

BERHATI-HATI: Agen Hartanah

Salam sejahtera,

Maaf memang agak dan terlalu sibuk sejak kebelakangan ini dan tak sempat nak update blog.

Kalau ada masa nanti saya ceritakan what am i up to.

Tetapi merujuk kepada salah satu soalan daripada pemabca blog ini berkenaan agen hartanah.

Ingin saya menarik perhatian pembaca berkenaan beberapa perkara yang harus diawasi ketika dealing dengan agen.

1. Agen hartanah biasanya akan meminta deposit kerana itu laa duit komisyen mereka, maksudnya sekiranya s & p tak sign atau ada apa apa masalah yang tidak dijangka berlaku sekurang-kurangya duit komisyen mereka dah selamat.

2. Cuba deal direct dengan owner kerana anda akan dapat jimat banyak.

3. Sekiranya terpaksa deal dengan agen, cuba minta agen aturkan pertemuan dengan tuan rumah. (kebiasaanya agen akan kata owner ke luar neagara, telalu sibuk and bla bla bla)

4. Sekiranya nak selamat, do everything in black and white maksudnya cuba minta nasihat peguam dan agen akan deal dengan peguam yang anda lantik.

5. Sentiasa berhati-hati dan siasat latar belakang agen. track record agen dan kesahihan company yang diwakili agen tersebut.


Thursday, April 15, 2010

Lelongan Kena Berhati-hati

Diantara perkara asas yang mesti diawasi ketika membuat pemilihan rumah lelong adalah seperti berikut:

1. maintenance fee

2. cukai tanah / pintu

3. Progressive payment OUTSTANDING (please check dgn bank)

Sehubungan dengan itu, please teliti dokumen proclamation of sale dengan berhati-hati.


Tuesday, March 30, 2010

Boring Bosan dan Jemu

Sekali imbas harga rumah di Malaysia terutama di Lembah Klang masih tidak menunjukkan harga-harga rumah akan turun walaupun OPR telah dinaikkan.

Saya cukup pelik walaupun OPR sudah dinaikkan tetapi projek-projek perumahan baru masih rancak dibangunkan di setiap ceruk kawasan di Lembah Klang.

Bagi mereka yang masih belum mempunyai hartanah anda boleh tunggu dan lihat ataupun sambar dan dapatkan property idaman anda.

Sekiranya nak menunggu harga rumah jatuh, saya tidak merasakan ini akan berlaku melainkan ada faktor luar biasa seperti financial crisis 1998 berulang semula.

Thursday, March 11, 2010

Harga Rumah Baru

Saya ada diajukan soalan berkenaan mengapa harga rumah baru adalah berbeza dengan rumah lama sedangkan dari segi harga tanah adalah tidak masuk akal.

Jawapan spontan saya adalah disebabkan "Demand n supply".

Sekiranya kita bertanyakan pihak developer mereka akan katakan harga bahan binaan, upah pekerja, minyak semua meningkat...tetapi pernah tak mereka menurunkan harga rumah baru semasa ekonomi gawat....jawapan tak pernah.

Ini disebabkan faktor demand and supply....selagi ada orang yang sanggup membeli dengan harga yang ditawarkan, pihak pemaju akan terus menjual dengan harga yang sanggup diterima oleh pengguna.

nasiha saya beli rumah lelong yang berdekatan kawasan strategik kerana walaupun rumah berstatus lelong tetapi yang penting lokasi lokasi lokasi rumah tersebut tetap amat berharga.

Thursday, March 4, 2010

OPR DAH NAIK

Gabenor Bank Negara telah mengumumkan kadar OPR naik kepada 2.25%. peningkatan sebanyak 0.25%.

Adakah BLR akan naik...sama-sama kita tunggu surat dari bank...