Wednesday, December 12, 2012

Cadangan Rumah Sewa

Sejak blog ini diterbitkan, saya ada menerima banyak panggilan berkenaan rumah sewa.

Permasalahan besar bagi rumah sewa di kawasan putrajaya ini bukan disebabkan ketiadaan rumah tetapi kos sewa rumah yang agak tinggi.

Permintaan untuk rumah pangsa atau flat memang tinggi, tetapi sekali di imbas turn around juga tinggi.

Ini adalah kerana kebanyakan penyewa akan menduduki rumah tersebut untuk suatu tempoh masa dan setelah mendapat rumah kuarters kerajaan mereka akan berpindah keluar.

Bagi menangani permasalah ini, saya bercadang untuk mendapatkan pandangan daripada kalian pembaca dan pengikut blog ini.

Sanggup tak saudara saudari sekalian membayar RM400 untuk kos sewa sebuah bilik rumah teres 2 tingkat?

Sila berikan jawapan di ruangan komen, terima kasih

No comments:

Post a Comment