Tuesday, March 30, 2010

Boring Bosan dan Jemu

Sekali imbas harga rumah di Malaysia terutama di Lembah Klang masih tidak menunjukkan harga-harga rumah akan turun walaupun OPR telah dinaikkan.

Saya cukup pelik walaupun OPR sudah dinaikkan tetapi projek-projek perumahan baru masih rancak dibangunkan di setiap ceruk kawasan di Lembah Klang.

Bagi mereka yang masih belum mempunyai hartanah anda boleh tunggu dan lihat ataupun sambar dan dapatkan property idaman anda.

Sekiranya nak menunggu harga rumah jatuh, saya tidak merasakan ini akan berlaku melainkan ada faktor luar biasa seperti financial crisis 1998 berulang semula.

Thursday, March 11, 2010

Harga Rumah Baru

Saya ada diajukan soalan berkenaan mengapa harga rumah baru adalah berbeza dengan rumah lama sedangkan dari segi harga tanah adalah tidak masuk akal.

Jawapan spontan saya adalah disebabkan "Demand n supply".

Sekiranya kita bertanyakan pihak developer mereka akan katakan harga bahan binaan, upah pekerja, minyak semua meningkat...tetapi pernah tak mereka menurunkan harga rumah baru semasa ekonomi gawat....jawapan tak pernah.

Ini disebabkan faktor demand and supply....selagi ada orang yang sanggup membeli dengan harga yang ditawarkan, pihak pemaju akan terus menjual dengan harga yang sanggup diterima oleh pengguna.

nasiha saya beli rumah lelong yang berdekatan kawasan strategik kerana walaupun rumah berstatus lelong tetapi yang penting lokasi lokasi lokasi rumah tersebut tetap amat berharga.

Thursday, March 4, 2010

OPR DAH NAIK

Gabenor Bank Negara telah mengumumkan kadar OPR naik kepada 2.25%. peningkatan sebanyak 0.25%.

Adakah BLR akan naik...sama-sama kita tunggu surat dari bank...