Sunday, June 21, 2009

The Mines Resort Balakong

Kawasan ini masih merupakan diantara kawasan misteri bagi saya.

Kebanyakan pembangunan kawasan perumahan di kawasan ini adalah berbentuk kondominium.

Saya mengambil contoh Juta condimnium.

Daripada pemerhatian saya kebanyakan unit yang untuk dijual di kawasan ini berharga sekitar RM180++ ribu.

Dan pulangan sewa adalah diantar RM800 dan RM 1 ribu.

Bagi saya pulangan ROI daripada pelaburan di sini masih agak rendah.

Mungkin salah satu daripada sebab mengapa harga sewa adalah rendah disebabkan terdapat terlalu banyak projek perumahan di kawasan ini sehingga menyebabkan harga tawaran bagi rumah sewa menjadi sangat kompetitif???

Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, June 10, 2009

Taman Salak Idaman Salak Tinggi


Baru-baru ini saya ada terserempak dengan satu flyers berkenaan satu projek perumahan di Salak Tinggi yang bernama Taman Salak Idaman.

Apa yang menarik perhatian saya bukan harga rumah tersebut tetapi maklumat di flyers tersebut yang menyatakan bahawa jarak lokasi taman berkenaan dengan Putrajaya hanya memakan masa 15 minit.

Menurut sahabat saya yang menetap di Kota Warisan Salak Tinggi. Beliau memerlukan sekurang-kurangya 15 minit untuk sampai ke Putrajaya pada kelajuan 140 km/jam.

Dari segi lokasi, Bandar Kota Warisan adalah jauh lebih dekat dengan Putrajaya berbanding Taman Salak Idaman.

Saya menjadi agak keliru dan musykil dengan maklumat pada flyers tersebut, takkan setiap hari saya nak memandu kereta pada kelajuan 200km/jam untuk pergi kerja.

Kata orang tua-tua..gilokooooo!!!!

Pada pandangan saya, maklumat flyers projek-projek perumahan berkenaan dengan jarak dan lokasi boleh dipertikaikan kesahihannya.

Sehubungan dengan itu kaji dan selidik maklumat lain sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.


Thursday, June 4, 2009

Beli Rumah Masa Muda

Ada seorang sahabat saya yang kebetulan ada menerima panggilan daripada sesorang bertanyakan rumah untuk dijual milik sahabat saya ini.

Di dalam perbualan tersebut sahabat saya memuji sikap anak muda ini yang baru berkerja setahun tetapi sudah mempunyai wawasan seorang hartawan.

Bayangkan sekiranya kita membuat keputusan awal yang betul maka kita boleh membuat perancangan masa depan yang lebih teratur dan kemas.

Kata orang putih "Fail to Plan is Planning to Fail"

Tapi agak mengecewakan saya, harga pasaran hartanah sekarang masih terlalu tinggi.

Bayangkan sekiranya anda merupakan seorang executive muda dan baru hendak membeli rumah pada tahun ini di kawasan lembah klang memang agak sukar sekiranya gaji anda purata RM2000.

Ini kerana harga bagi rumah apartment kos sederhana bersaiz 750 kaki persegi telah mencecah harga RM80 ribu sehingga RM90 ribu bergantung kepada lokasi.

Nasihat saya, buat masa ini sebenarnya adalah lebih murah seiranya kita dapat membeli hartanah sub sell (beli dari orang) berbanding daripada developer.

Rajin-rajin laa mencari dan bertanya.