Thursday, June 4, 2009

Beli Rumah Masa Muda

Ada seorang sahabat saya yang kebetulan ada menerima panggilan daripada sesorang bertanyakan rumah untuk dijual milik sahabat saya ini.

Di dalam perbualan tersebut sahabat saya memuji sikap anak muda ini yang baru berkerja setahun tetapi sudah mempunyai wawasan seorang hartawan.

Bayangkan sekiranya kita membuat keputusan awal yang betul maka kita boleh membuat perancangan masa depan yang lebih teratur dan kemas.

Kata orang putih "Fail to Plan is Planning to Fail"

Tapi agak mengecewakan saya, harga pasaran hartanah sekarang masih terlalu tinggi.

Bayangkan sekiranya anda merupakan seorang executive muda dan baru hendak membeli rumah pada tahun ini di kawasan lembah klang memang agak sukar sekiranya gaji anda purata RM2000.

Ini kerana harga bagi rumah apartment kos sederhana bersaiz 750 kaki persegi telah mencecah harga RM80 ribu sehingga RM90 ribu bergantung kepada lokasi.

Nasihat saya, buat masa ini sebenarnya adalah lebih murah seiranya kita dapat membeli hartanah sub sell (beli dari orang) berbanding daripada developer.

Rajin-rajin laa mencari dan bertanya.

No comments:

Post a Comment