Wednesday, January 7, 2009

Review Hartanah di Putrajaya (siri 1)

Salam Sejahtera,

Mungkin ramai sudah sedia maklum nilai hartanah di Putrajaya adalah diantara yang paling tinggi di Malaysia. Namun begitu, persoalan yang sering bermain di fikiran setiap pelabur adalah adakah harga yang ditawarkan mampu ditandingi dengan nilai jualan balik hartanah tersebut?

Untuk makluman projek-projek baru bagi tahun 2009 akan dibuka untuk jualan di dalam bulan Februari 2009 dan harga pembukaan bagi projek rumah terrace di Presint 18 adalah sebanyak RM500 ribu.

Bagi mereka yang baru hendak menceburi pelaburan hartanah saya merasakan ini merupakan satu pelaburan yang berisiko tinggi.

Perskitaran Putrajaya sememangnya sesuai untuk dijadikan tempat tinggal dan berkeluarga namun bagi tujuan pelaburan, risiko adalah amat tinggi.

Sekiranya kita bercadang untuk menyewakan hartanah di Putrajaya tersebut, nilai pulangan daripada sewa bulanan mungkin tidak akan dapat menampung jumlah bayaran ansuran hartanah tersebut. Ini adalah kerana bagi rumah townhouse yang dibeli dengan harga RM250 ribu di Presint 16 kadar sewa bulanan adalah pada harga RM1 ribu sedangkan bayaran ansuran kepada bank melebih RM1 ribu.

Kita tidak dapat menafikan pelaburan hartanah di Putrajaya merupakan rancangan jangka masa panjang. Namun adalah kita sanggup untuk menunggu? adakah kita mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membuat bayaran ansuran berterusan? bila agaknya hartanah kita dapat dijual?

Faktor-faktor di atas merupakan sedikit sebanyak berkenaan prospek pelaburan hartanah di putrajaya. Siri 2 artikel ini akan memfokuskan pelaburan hartanah yang berjaya di Putrajaya.



2 comments:

  1. beli rumah kat putrajaya? bg golongan marhain cam aku ni, bajet beli rumah dalam 250k je, mmg ler letih nak tunggu umah hage tu. kejap je dah abih.

    pastu satu lg yg tak suke. tade pagar. anak aku pantang lepas je, terus lari ke jalan. bahaya tu.

    pastu lak time ni byk la qtrs yg kosong kat putrajaya nih, so kalu nak sewa mmg tade market. tp kalu beli apartment mampu milik mmg bleh buat duit. beli dlm 50k - 70k je. pastu sewa 600. yg tak bestnye skrg ni dah tade dah apartment mampu milik yg akan dibina. psal developers rugi.

    tp aku rasa hartanah kat putrajaya akan boom pasni bila agensi kerajaan pindah ke putrajaya. lani kat area picc tu, tak lama lagi ada la agensi baru pindah ke ctu.

    ReplyDelete
  2. Hartanah di putrajaya sememangnya mempunyai nilai tersendiri menanti masa untuk dimiliki.

    namun, dengan harga jualan yang tinggi bermula dari rm300k keatas untuk rumah teres atau townhouse belum tentu boleh terjual dengan harga rm600k untuk tempoh 6 tahun.

    ini disebabkan oleh faktor rakyat malaysia secara purata tidak mempunyai sumber kewangan yang tinggi iaitu sekadar rm 5ribu bagi seorang setiap bulan. manakala jumlah simpanan pula secara purata rm100k dalam setahun pada tahun ini. (sila rujuk http://www.bharian.com.my/klikkhas/bajet/Artikel2009/LaporanEkonomi/20080829164927/Article/)

    jadi bagaimana hendak membeli rumah daripada pemilik sedia ada sedangkan harga rumah semakin naik jadi siapa yang nak jadi pemilik seterusnya sedangkan mereka boleh membeli rumah yang baru dibina daripada developer dgn harga asal.

    bagi saya adalah tidak praktikal rumah di putrajaya di simpan untuk di jadikan pelaburan. ia lebih elok sekiranya menjadi rumah persaraan dan di pindahkan kepada ahli keluarga yang akan datang.

    kalau hendak dijual tiada pembeli,
    kalau tidak dihuni rugi,
    kalau disewa di khianati,
    lebih elok duduk sendiri....

    ReplyDelete