Saturday, January 10, 2009

Lapangan Terbang Antarabangsa Labu

Salam sejahtera,

Semalam terbaca keratan akhbar berkenaan tapak cadangan pembinaan lapangan terbang baru di Labu Negeri Sembilan.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui lokasi daerah Labu itu sendiri, sekiranya hendak ke Labu saya cadangkan saudara-saudari sekalian menaiki KTM komuter dan berhenti di stesen KTM komuter Labu.

Apa yang saya inginkan berkongsi di sini adalah berkenaan prospek pembangunan hartanah di sekitar kawasan Labu dengan adanya projek MEGA seperti lapangan terbang baru. Menurut keratan akhbar tersebut lokasi lapangan terbang baru terletak 18 km daripada KLIA.

Mungkin ramai daripada kita telah mencongak untuk membeli hartanah di Labu kononya harga tanah akan naik tidak lama lagi. Nasihat saya jangan terlalu percaya kepada spekulasi dan jangan buat keputusan tergopoh gapah terutamanya dalam suasana ekonomi yang agak suram dewasa ini. Strategi yang paling berkesan adalah tunggu dan lihat.

Tidak dapat dinafikan kawasan pembangunan di sekitar koridor lapangan terbang memang akan boom! Tetapi proses booming kawasan di sekitar lapangan terbang baru akan memakan masa yang agak lama kerana pembangunan dan kemajuan di kawasan tersebut bergantung kepada aspek pembangunan infrastruktur seperti lebuh raya, pusat kommersial dan industri-industri sokongan lain.

Ingin saya menarik perhatian pembaca semua terhadap situasi pembangunan di Salak Tinggi. Walaupun KLIA telah dibina lebih 10 tahun tetapi proses kemajuan di sekitar kawasan Salak Tinggi masih agak perlahan. Renung-renungkanlah....







1 comment:

  1. Kalau projek ni jadi, antara kawasan yang akan terkena limpahannya adalah Enstek. Skrg ni pun kalau lalu kat Felda LBJ, byk gak projek tgh naik kat situ. Pastinya prospek utk Enstek ni mmg ada......

    ReplyDelete