Sekiranya ditanya saya sekarang, nakkan kereta atau rumah? saya akan menjawab rumah.
Perbezaan diantara kanak-kanak dan dewasa adalah keupayaan untuk membezakan realiti daripada fantasi. Dalam kes ini rumah merupakan realiti dan kereta adalah fantasi.
Hari ini saya baru menghantar kereta Proton Gen2 Highline Tahun 2005 untuk diservis, dan caj bayaran yang dikenakan adalah disekitar RM300 untuk servis 95000 KM. Sekiranya kita translate jumlah bayaran terebut kepada komitmen bayaran bulanan ia akan menjadi sekitar RM1000 ++ (bayaran ansuran bulanan kereta + caj servis).
Sekiranya kita membeli rumah kita cuma perlu membayar ansuran bulanan (sama seperti kereta) dan sekiranya nasib menyebelahi kita ansuran bulanan boleh di cover oleh bayaran rumah sewa.
Jangka hayat sesebuah rumah boleh mencecah seratus tahun tetapi bagi kereta kira nasib baik sekiranya boleh bertahan 10 tahun problem free.
Nilai kereta akan susut saban tahun tetapi nilai rumah akan sentiasa naik (kecuali di Singapura dimana nilai tanah akan susut kerana setiap projek perumahan apartmen yang dibangunkan akan diruntuhkan bagi memberi lalauan kepada projek baru yang boleh memuatkan lebih ramai penghuni).
Kesimpulanya: Pelaburan hartanah dan kereta merupakan 2 pelaburan yang berbeza. Sekiranya kita memerlukan kereta pilih kereta yang sesuai dengan kemampuan kita. Bak kata orang tua "sekiranya nak balik terengganu bawak proton pun sampai tak semestinya bawak ferari")
Plzz komen...
kereta? keperluan atau brg mewah. tgk org sebenarnya. c.ronaldo, ferrari wat pegi training pastu accident. selambe je.
ReplyDeletekekadang org bila naik gaji mulalah piki nak tukar keta, tp kekadang logik gak. cam skrg bayar bulan 600, dengan nilai sama leh dpt keta much better than that. tp perlu ingat, hutang smpi bila2 tak abih.
so, cam aku ni. maintain je mane ada. pastu duit tu leh wat mende lain. tp kalu ada rezki nak gak pakai keta br. hehehe.....
Kereta bukan keperluan tetapi kehendak kerana keperluan sebenar adalah pengangkutan.. jadi xkira la nk naik ape asalkan pengangkutan.. btul kereta adalah keperluan pada masa kecemasan tetapi kalau dah cemas sangat kita akan panggil polis, ambulance dan bomba btul x????
ReplyDeleteso...renung2lah... amalan berhutang dengan bank adalah tidak baik kerana merupakan riba.. kalau xmampu xpayah berhutang... lagi elok beli dengan duit sendiri .....