Tuesday, January 13, 2009

Lease Vs Free Hold di Damansara Perdana

Baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk meninjau projek pembangunan di damansara perdana. I was quite impressed with the very rapid progress of the site. Pemaju projek ini merupakan sebuah syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Semasa pemantauan saya di kawasan tersebut saya mendapati terdapat satu projek service apartment yang sedang dibangunkan. Harga permulaan adalah sekitar RM200K. Saya tidak pasti status hartanah tersebut sama ada lease or free hold.

Memang tidak dinafikan dengan adanya pusat komersial seperti IKEA, ONE UTAMA dan macam-macam lagi. Seseorang mungkin akan mudah tertarik dengan prospek pelaburan di kawasan tersebut.

Tetapi perlu di ingatkan bahawa di kawasan Damansara Perdana terdapat satu lagi projek perumahan berkos sederhana yang masih mempunyai jumlah rumah sewa kosong yang banyak. Sekali imbas ianya memberikan gambaran bahawa permintaan yang ada di kawasan tersebut melebihi daripada penawaran (supply bigger than demand).

Satu lagi faktor yang perlu yang difikirkan adalah sebelum kita membeli sebuah hartanah status lease atau free hold turut memainkan faktor yg penting.

Sekiranya kita hendakkan pulangan yang setimpal dengan pelaburan kita why don't kita labur di atas satu property yang berstatus free hold dan boleh memberikan pulangan yang setimpal daripada membeli hartanah yang berstatus lease hold dan turut membawa pulangan pelaburan yang sama.

Kesimpulanya status hartanah berstatus free hold semakin berkurangan, dan sekiranya nak pelaburan yang berisiko rendah go for a strategic free hold property.

P/S: Esok adalah hari kreatif...jgn lupa untuk membaca artikel-artikel kreatif yang disumbangkan oleh sahabat-sahabat kita....

1 comment:

  1. Tuan...

    Kebanyakan 'hot area' sekarang ini merupakan lease hold, sudah tentu harganya yang lebih murah dan kemungkinan furnished yang kurang memuaskan(bergantung kepada developer). Kebanyakannya adalah apartment. Saya mempunyai apartment leasehold dan banglo status freehold. Semasa membeli apartment, saya baru berkahwin dan bercadang untuk menyewakan apartment tersebut bila keluarga sudah bertambah. Nampaknya pilihan leasehold agak berbaloi dengan kenaikan harga tanah dan pertumbuhan pesat di kawasan perumahan saya. Apa pendapat tuan jika saya kata berbaloi dengan leasehold dan masih dapat nilai pulangan?

    ReplyDelete