Friday, September 11, 2009

Blogger Networking- Beli Rumah Tanpa keluar Duit..??

Saya ingin berkongsi mengenai satu artikel yang diterbitkan oleh rakan blogger kita dari jom2lelong.blogspot.com

Artikel yang diterbitkan menceritakan kaedah membeli rumah tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak dengan hanya menggunakan instrumen kewangan yang ada di pasaran sepert personal loan dan overdraft.

Pendek kata, ini dipanggil kreativiti dan hanya mereka yang mempunyai kreativiti boleh terus maju dan berjaya dalam bidang ini.

Selamat membaca...

klick di sini : teori simple membeli rumah

Monday, September 7, 2009

Pengalaman Jual Rumah

Pengalaman jual rumah tak semudah membeli rumah daripada pihak pemaju.

Ini kerana membeli daripada pemaju segala proses dari A-Z dilakukan oleh pihak Pemaju.

Menjual rumah pula anda terpaksa berhadapan dengan pembeli, memasuki proses rundingan harga, membawa pembeli untuk meninjau rumah dan macam-macam kerenah lagi.

Walau bagaimanapun, apa yang penting di sini adalah PENGALAMAN.

Sebelum menjual rumah beberapa perkara harus anda semak terlebih dahulu:

1- Jumlah baki semasa (early settlement) daripada pihak bank.

2- Bili-bil tertunggak

3 -Kenali pembeli anda (tanya soalan-soalan yang berkaitan untuk menujukan tahap keseriusan pembeli)

4- Tetapkan harga semasa proses rundingan harga

5- Baca dan fahami kandungan surat tawaran daripada bank untuk elak caj penalti kerana jual awal

6 - Tunggu proses pindah milik selesai dalam tempoh 4 - 5 bulan.


Monday, August 31, 2009

Garden Reisdence Cyberjaya

Cyberjaya masih merupakan satu kawasan pembangunan yang agak samar-samar.

Harga rumah di Cyberjaya memang mahal, lebih mahal berbanding Putrajaya.

Walaupun dengan harga rumah yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit namun begitu masih ada projek perumahan di Cyberjaya.

Terbaru projek perumahan Garden Residence oleh Kumpulan Mah Sing.

Mungkinkah kita tidak mengetahui apa perancangan sebenar di Cyberjaya????

Adakah Cyberjaya akan mendapat tumpuan oleh Kerajaan untuk dibangunkan pusat K-Ekonomi negara??

Walau apa-apa pun perancangan sebenar Cyberjaya harga rumah di kawasan tersebut masih agak terlalu tinggi...

berikut merupakan harga rumah yang ditawarkan dipetik daripada sumber laman web mahsing:


2 storey Semi D (40' x 80')
  • Built-up Area : 3,000 sq.ft.
  • Indicative Price : RM798.8k
3 storey Semi D (40' x 80')
  • Built-up Area : 3,500 sq.ft.
  • Indicative Price : RM918,8k

Superlink 2 storey (24' x 80')
  • Built-up Area : 2,800 sq.ft.
  • Indicative Price : RM668.8k
Superlink 3 storey (24' x 80')
  • Built-up Area : 3,500 sq.ft.
  • Indicative Price : RM818,8k

Friday, August 28, 2009

Kisah Dua Alam - Putrajaya dan Cyberjaya

Dalam hidup Pengalaman merupakan cikgu yang terbaik.

Dan melalui pengalaman ini maka dapat saya bercerita berkenaan pengalaman saya mencari dan mendapatkan penyewa di dua kawasan yang dipisahkan oleh sebuah tasik buatan manusia ini...

Sila gunakan pemikiran analitikal anda di dalam membuat perbandingan..

1. Harga rumah teres di Putrajaya dan Cyberjaya lebih kurang sama iaitu di sekitar RM300 ribu ke atas.

2. Kadar permulaan sewa bagi rumah teres di dua kawasan ini adalah RM1000 ke atas.

3. Majoriti penduduk di Putrajaya dan Cyberjaya adalah golongan pekerja

4. Pekerja di Putrajaya 90% kakitangan awam manakala di Cyberjaya komposisi penduduknya terdiri daripada pelajar universiti dan pekerja swasta sektor ICT

5. Untuk mendapatkan penyewa di Putrajaya bagi rumah sewa teres cukup susah...kebanyakan penyewa di Putrajaya hanya mampu keluarkan maksimum RM250..dan demand satu bilik seorang.

6. Manakala di Cyberjaya bagi rumah apartment pun sewa adalah RM1000 dan mencari penyewa yang sanggup bayar tidak menjadi masalah...malahan menjadi bahan ketawa sekiranya seseorang yang berkehendakkan bilik seorang tetapi hanya sanggup bayar RM250.

Kesimpulanya...sekiranya kita hendakkan kemudahan dan fasiliti berkelas dunia...jangan demand terlalu banyak....pelajari dan nikmati keselesaan hidup.

Kalau ia pun ada bilik untuk diduduki seorang tetapi letaknya di Kampung dengan tiada kemudahan..adakah ianya berbaloi..

Please understand the concept VALUE FOR MONEY...


Tuesday, August 25, 2009

Projek Pinggiran Cyber

Setakat ini tiada informasi terkini berkenaan projek perumahan di Taman Sains Selangor.

Daripada Pemerhatian di tapak projek kebanyakan projek yang sedang dibangunkan adalah kilang-kilang.

walaubagaimanapun terdapat satu tompokan projek perumahan betul-betul bersebelahan Taman Sain Selangor.

Kalau tak silap saya proje perumahan ini dipanggil Taman Pinggiran Cyber.

Tetapi sayang sekali projek tersebut telah terbengkalai sejak tahun 2007

Sila baca artikel ini

Untuk makluman dengan RM300 ribu adalah amat sukar untuk mendapatkan rumah teres di kawasan Putrajaya dan Cyberjaya.

Dan sedikit peringatan, bagi mereka yang ingin membeli rumah di kawasan tersebut kena kenalpasti kawasa mukim projek perumahan tersebut kerana nilai hartanah mungkin TURUT DIPENGARUHI OLEH KAWASAN MUKIM TERTENTU. SBG CONTOH HARGA TANAH DI SEPANG ADALAH BERBEZA DENGAN HARTANAH DI NILAI WALAUPUN BERSEMPADAN.


Monday, August 17, 2009

1888

Terima kasih atas sokongan anda terhadap laman blog ini.

Sejak dilancarkan pada jumlah pengunjung ke laman blog ini telah mencecah 1888 kunjungan.

Terima kasih

Thursday, August 6, 2009

Rumah Sewa Putrajaya di Precint 16

Khabar Gembira!!! (sila layari www.sewasewa.com/putrajaya2.php untuk maklumat terkini rumah sewa di Putrajaya.)

Rakan Rumah sewa (Perempuan) diperlukan segera di Precint 16 Putrajaya.

Rumah sewa mempunyai 3 bilik buat masa ini ada 2 orang penyewa kesemuanya bekerja.

Lokasi rumah sewa terletak hanya 800 meter dari Pusat Beli Belah Alamanda dan 1 KM ke Kompleks JPM.

Perkhidmatan Bas yang kerap dan berhampiran bus stop.

Pusat Kejiranan (Food court dan kolam renang) hanya berjarak kurang dari 250 meter.

Kawasan selamat dan selesa (polis ronda hari-hari).

Komposisi penduduk adalah mereka yang berkeluarga dan bekerja di Sektor Awam dan Swasta.

Sekiranya berminat sila klik di sini untuk pengumuman terbaru.