Tuesday, June 8, 2010

BERHATI-HATI: Agen Hartanah

Salam sejahtera,

Maaf memang agak dan terlalu sibuk sejak kebelakangan ini dan tak sempat nak update blog.

Kalau ada masa nanti saya ceritakan what am i up to.

Tetapi merujuk kepada salah satu soalan daripada pemabca blog ini berkenaan agen hartanah.

Ingin saya menarik perhatian pembaca berkenaan beberapa perkara yang harus diawasi ketika dealing dengan agen.

1. Agen hartanah biasanya akan meminta deposit kerana itu laa duit komisyen mereka, maksudnya sekiranya s & p tak sign atau ada apa apa masalah yang tidak dijangka berlaku sekurang-kurangya duit komisyen mereka dah selamat.

2. Cuba deal direct dengan owner kerana anda akan dapat jimat banyak.

3. Sekiranya terpaksa deal dengan agen, cuba minta agen aturkan pertemuan dengan tuan rumah. (kebiasaanya agen akan kata owner ke luar neagara, telalu sibuk and bla bla bla)

4. Sekiranya nak selamat, do everything in black and white maksudnya cuba minta nasihat peguam dan agen akan deal dengan peguam yang anda lantik.

5. Sentiasa berhati-hati dan siasat latar belakang agen. track record agen dan kesahihan company yang diwakili agen tersebut.