Thursday, January 21, 2010

Senarai Rumah Sewa di Putrajaya 2010

Salam sejahtera,

Bagi tujuan penyenaraian rumah sewa di kawasan Putrajaya, sila lawat http://sewasewa.com/putrajaya2.php

Senarai rumah akan dikemaskini setiap masa.

Sekian.

www.sewasewa.com

Thursday, January 14, 2010

MUTIARA MAGNA RISIKO

Selamat tahun baru.

Ini merupakan entry saya pertama dalam tahun 2010.

Agak sibuk kebelakangan ini.

Tetapi memandangkan saya ada menerima soalan daripada salah seorang pembaca laman blog ini.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berkenaan transaksi di kawasan Mutiara Magna Kepong ini.

Untuk makluman pembaca, kawasan Kepong memang tengah pesat membangun.

Dari segi sewa boleh dikatakan mudah tetapi ingat hanya di kawasan berdekatan pusat komersial jusco dan carefour kepong. Tempat lain di Kepong saya kurang pasti.

Daripada apa yang saya dapat tahu, Apartment Mutiara Magna ini adalah apartment rakyat maksudnya apartment untuk mereka yang berpendapatan rendah.

Oleh yang demikian pihak berkuasa iaitu DBKL telah mengenakan syarat bahawa rumah tersebut hanya boleh dijual selepas tempoh 10 tahun.

Dengan maksud mudah kalau nak tukar nama pada title hanya boleh buat selepas 10 tahun.

Seseorang pembeli kena berhati-hati bab ini, kerana penjual kebiasaanya tidak akan bagi tahu dan pembeli kena buat penyelidikan sendiri.

Saya nasihatkan cuba hubungi pihak pemaju dalam kes ini Magna Prima Berhad.

Penjual selalu akan mengatakan boleh jual dan ada cara ni cara tu ....lawyer boleh buat...tetapi dari segi undang-undang nama pemilik asal tidak boleh ditukar selagi masih dalam tempoh 10 tahun dari tarikh SNP.

Saya tidak berapa gemar risiko seperti ini kerana terlalu banyak grey area.

Tetapi segala keputusan terpulang kepada pembeli.

Sekian