Tuesday, February 10, 2009
Rumah di Salak Tinggi
Jom ronda-ronda pada hari ini berkesempatan untuk melihat prospek pembangunan perumahan di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi.
Bagi mereka yang tidak mengenali Bandar Baru Salak Tinggi ianya sebenarnya terletak bersebelahan dengan Daerah Nilai Negeri Sembilan.
Pembangunan hartanah di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi kebanyakanya dijanakan oleh pembangunan kawasan di sekitar KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.
Banyak projek perumahan di kawasan ini telah habis dijual dan kebanyakan pembeli merupakan golongan kakitangan awam yang bertugas di Putrajaya.
Harga rumah di kawasan ini masih boleh dikategorikan sederhana mahal.
Ini kerana dengan harga yang lebih murah anda sebenarnya masih boleh memiliki sebuah rumah yang saiz sama tetapi dengan harga yang lebih murah di Daerah Jiran iaitu Nilai Negeri Sembilan.
Ada orang kata prospek hartanah di Negeri Selangor adalah lebih baik berbanding di Negeri Sembilan....(kena check dulu kesahihanya) mungkin itu sebab mengapa pembeli lebih meminati kawasan Salak Tinggi berbanding Nilai.
Bagi pembeli rumah baru, nasihat saya adalah kaji semua pilihan yang ada sebelum membeli rumah.
Jelaskan tujuan utama membeli rumah sama ada nak sewakan atau nak menetap. (kalau nak sewa prospek agak sukar kerana terlalu banyak persaingan dan kegiatan ekonomi yang masih agak perlahan.)
Timbang-timbanglah kesesuaian rumah dengan keupayaan diri (dari segi bayaran bulanan, membesarkan anak-anak dan kos perjalanan pergi balik ke tempat kerja)
Tanya-tanyakan pengalaman mereka yang telah menetap di Salak Tinggi dan akhir sekali jangan buat keputusan tergesa-gesa. Sabar membawa berkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
developer getrahome sekarang harga rumah di taman ixora naik lagi bagi projek tahun 2012 taman MAYA. Harga rumah teres setingkat Rm176000 manakala harga intermediate double storey cost RM223000.
ReplyDelete