Wednesday, February 4, 2009

Pengalaman Menceburi Bidang Hartanah

Kata orang pengalaman adalah guru yang terbaik.

Di dalam bidang hartanah, pengalaman dan kesabaran adalah elemen penting di dalam memastikan pelaburan yang dibuat akan mendatangkan hasil yang memuaskan.

Dalam sedar tak sedar kita sebenarnya secara tidak langsung telah terlibat di dalam bidang hartanah cuma kita tidak sedar. Pernahkah anda menyewa sesebuah rumah?

Saya masih teringat zaman ketika saya masih bergelar mahasiswa, saya telah menyewa di sebuah rumah kampung di Kampung Paya Bulan Kota Bharu Kelantan (asyik banjir memanjang). Pada masa tersebut sewa rumah kampung adalah sekitar RM300.

Disebabkan kekurangan rumah sewa di kampung tersebut bagi menampung jumlah mahasiswa/mahasiswi yang semakin meningkat kebanyakan daripada kami terpaksa berkongsi rumah. Satu rumah dikongsi oleh 10 orang.

Bayangkan betapa terdesak kami sebagai mahasiswa/mahasiswi untuk mendapatkan rumah. Ini merupakan senario yang masih berlaku dan dijangkakan akan sentiasa berlaku.

Di bandar-bandar besar bukan sahaja pelajar yang memerlukan rumah malah pekerja-pekerja sektor swasta dan awam turut memerlukan rumah yang boleh disewa. Ini adalah keadaan ekonomi semasa tidak membenarkan seseorang untuk hidup mewah dan cara yang paling efisyen adalah dengan meminimumkan perbelanjaan.

Kita sering akan tertanya hartanah pertama yang harus kita beli?

1. LOCATION! LOCATION ! LOCATION! kenali lokasi hartanah yang strategik.

2. Murah dan berpotensi untuk disewakan

3. Bayaran Bulanan kepada Bank tidak MEMBEBANKAN ANDA

4. Berpotensi untuk dijual balik.

5. Free hold (sekiranya boleh)

Kesimpulanya start something small that will result in something BIG.


Sekiranya saya berkesempatan saya akan menulis berkenaan kadar faedah hartanah.







No comments:

Post a Comment