Monday, February 2, 2009

Harga Hartanah Turun Pada 2009

Selamat Hari Wilayah Persekutuan,

Mukadimah hari dimulakan dengan tanggapan adakah harga hartanah akan turun pada 2009?

Tujuan saya memulakan artikel bukan bertujuan untuk menyatakan sama ada harga hartanah akan turun atau tidak? Cuma sekadar untuk berkongsi pandangan berkenaan senario pasara hartanah sekarang.

Untuk makluman semua, sebelum harga hartanah akan jatuh satu konsep ekonomi yang kita kena faham adalah berkenaan demand and supply (permintaan dan penawaran)

Fakta 1

Buat masa ini permintaan untuk hartanah masih tinggi berbanding penawaran dimana kerajaan masih giat melaksanakan promosi mensasarkan satu keluarga satu rumah. Ini disebabkan bukan semua keluarga di Malaysia belum mempunyai rumah sendiri.

Fakta 2

Harga rumah masih belum turun cuma yang turun adalah Base Lending Rate (BLR). Setakat Februari 2009 harga rumah masih kekal seperti harga pada 2008.

Fakta 3

Sekiranya harga rumah akan turun pada tahun ini saya menjangkakan perumahan yang dibangunkan oleh syarikat pemaju kecil. Mungkin lokasi tapak pembinaan perumahan tersebut terletak di kawasan ceruk-ceruk kampung. Watch out for this one.

Fakta 4

Rumah-rumah di kawasan strategik dan berpotensi tinggi untuk disewakan selalunya dibangunkan oleh syarikat yang besar dan kebiasaanya syarikat-syarikat besar ini mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk bertahan di dalam senario ekonomi semasa.

Fakta 5

Pengalaman kegawatan ekonomi 1998 telah menyedarkan syarikat-syarikat besar untuk tidak cepat panik dan membuat panik selling.

Kesimpulanya kesemuanya terletak pada budi bicara kita sendiri. Sama ada nak tunggu atau membuat tindakan segera. Selidik sedalam-dalamnya dan kaji segala aspek sebelum membuat keputusan membeli rumah. Jangan panik dan tergesa-gesa BE COOL.


No comments:

Post a Comment