Wednesday, May 13, 2009

Rumah Sewa di Putrajaya

Untuk makluman saudara/saudari sekalian, rumah sewa di putrajaya adalah amat terhad.

Selain apartment mampu milik Precint 9, saudara/saudari mungkin boleh mencuba mencari rumah sewa di apartment mampu milik precint 11.

Kadar sewa bagi kedua-dua apartment ini adalah sekitar RM600 satu apartment.

Ada sesetengah kes rumah apartment yang purata bersaiz 700 kaki persegi dengan 2 bilik air dan 3 bilik tidur ini dihuni oleh 7 orang pada sesuatu masa. (dah mcm tin sadin laa pulak)

Saya ada cadangan bagi mereka yang ingin kehidupan yang selesa tetapi tidak membebankan, kumpulkan sekurang-kurangya 10 orang dan cuba dapatkan rumah sewa di rumah townhouse precint 16.

Rumah townhouse tersebut bersaiz 1700 kaki, mempunyai 3 bilik tidur besar dan juga 3 bilik air.

Kata orang tua-tua kerjasama membawa berkat.

Nak maklumat lanjut sila majukan soalan melalui ruangan komen.


No comments:

Post a Comment