Sebelum kita membeli rumah beberapa perkara yang kena kita pastikan:
1. Duit simpanan mencukupi ke tak. (untuk bayar desposit)
2. Memperolehi kelulusan bank bagi pinjaman.
3. Mengenal pasti market value bagi hartanah yang hendak dibeli.
4. Lain-lain
Apa yang hendak dibiacarakan pada hari ini adalah berkenaan market value.
Di dalam menetapkan market value sesebuah hartanah, lain-lain bank mempunyai nilai tafsiran yang berbeza.
Selalunya perbezaan ini tidak ketara namun pembeli kenalah pastikan market value bagi hartanah tersebut adalah menarik dan mempunyai potensi untuk naik lagi kerana dengan cara itu barulah pelaburan yang dibuat dapat dijual kembali dan secara tak langsung menambah pendapatan.
Sebagai contoh dengan duit sebanyak RM160 ribu kita akan dapat membeli sebuah rumah cluster banglo (semi D) di Puncak Alam Selangor.
Dengan RM160 ribu kita nak beli sebuah apartment di area Putrajaya bun belum tentu boleh.
Walaupun harga sama namun pulangan yang akan dihasilkan oleh dua pelaburan seperti di atas adalah berbeza.
Ini kerana dengan nilai harga tanah di Putrajaya yang semakin tinggi, keuntungan daripada pembiayaan semula (refinancing) di Putrajaya akan tentu mendatangkan keuntungan.
Manakala harga hartanah di Puncak Alam walaupun murah dan hartanah yang dibeli besar namun dari segi pergerakan nilai harga tanah adalah amat perlahan.
Sehubungan dengan itu, buat laa pilihan yang bijak dan semak market value sesebuah kawasan sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah tersebut.
Tips: sebelum membuat permohonan pinjaman bank, mungkin boleh pohon bantuan pihak bank untuk menyemak market value bagi kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment