Dalam hidup Pengalaman merupakan cikgu yang terbaik.
Dan melalui pengalaman ini maka dapat saya bercerita berkenaan pengalaman saya mencari dan mendapatkan penyewa di dua kawasan yang dipisahkan oleh sebuah tasik buatan manusia ini...
Sila gunakan pemikiran analitikal anda di dalam membuat perbandingan..
1. Harga rumah teres di Putrajaya dan Cyberjaya lebih kurang sama iaitu di sekitar RM300 ribu ke atas.
2. Kadar permulaan sewa bagi rumah teres di dua kawasan ini adalah RM1000 ke atas.
3. Majoriti penduduk di Putrajaya dan Cyberjaya adalah golongan pekerja
4. Pekerja di Putrajaya 90% kakitangan awam manakala di Cyberjaya komposisi penduduknya terdiri daripada pelajar universiti dan pekerja swasta sektor ICT
5. Untuk mendapatkan penyewa di Putrajaya bagi rumah sewa teres cukup susah...kebanyakan penyewa di Putrajaya hanya mampu keluarkan maksimum RM250..dan demand satu bilik seorang.
6. Manakala di Cyberjaya bagi rumah apartment pun sewa adalah RM1000 dan mencari penyewa yang sanggup bayar tidak menjadi masalah...malahan menjadi bahan ketawa sekiranya seseorang yang berkehendakkan bilik seorang tetapi hanya sanggup bayar RM250.
Kesimpulanya...sekiranya kita hendakkan kemudahan dan fasiliti berkelas dunia...jangan demand terlalu banyak....pelajari dan nikmati keselesaan hidup.
Kalau ia pun ada bilik untuk diduduki seorang tetapi letaknya di Kampung dengan tiada kemudahan..adakah ianya berbaloi..
Please understand the concept VALUE FOR MONEY...
No comments:
Post a Comment