Friday, July 3, 2009

Anak Muda Membeli Rumah???

Bincang-bincang mengenai hartanah dan anda akan terpegun dengan potensi hartanah di Malaysia.

Mana tidak, hartanah di Lembah Klang asyik naik dan naik dan naik.

Terbaru nak dapatkan hartanah berbentuk kondominium di Kuala Lumpur kena ada sekurang-kurangnya RM200 ribu ke atas.

Bayangkan bagaimana seorang graduan yang baru tamatkan pelajaran di Universiti hendak beli rumah di Kuala Lumpur.

Macam mana keperitan ekonomi dan kesempitan tekanan hidup di bandar besar akan dapat membolehkan seseorang graduan untuk membeli rumah.

Saya hanya berharap pihak yang mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu agar golongan muda mudi kita tidak terpinggir dari arus kemajuan negara kita.

No comments:

Post a Comment