Wednesday, June 10, 2009
Taman Salak Idaman Salak Tinggi
Baru-baru ini saya ada terserempak dengan satu flyers berkenaan satu projek perumahan di Salak Tinggi yang bernama Taman Salak Idaman.
Apa yang menarik perhatian saya bukan harga rumah tersebut tetapi maklumat di flyers tersebut yang menyatakan bahawa jarak lokasi taman berkenaan dengan Putrajaya hanya memakan masa 15 minit.
Menurut sahabat saya yang menetap di Kota Warisan Salak Tinggi. Beliau memerlukan sekurang-kurangya 15 minit untuk sampai ke Putrajaya pada kelajuan 140 km/jam.
Dari segi lokasi, Bandar Kota Warisan adalah jauh lebih dekat dengan Putrajaya berbanding Taman Salak Idaman.
Saya menjadi agak keliru dan musykil dengan maklumat pada flyers tersebut, takkan setiap hari saya nak memandu kereta pada kelajuan 200km/jam untuk pergi kerja.
Kata orang tua-tua..gilokooooo!!!!
Pada pandangan saya, maklumat flyers projek-projek perumahan berkenaan dengan jarak dan lokasi boleh dipertikaikan kesahihannya.
Sehubungan dengan itu kaji dan selidik maklumat lain sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau takde traffic light..jalan lengang memang 15 minit sampai
ReplyDeleteye betul, tapi skang ni area tu berkembang pesat
Deletepaling kurang pun setengah jam untuk sampai signboard Putrajaya tepi jalan susur nak ke putrajaya tu boleh la... heee3x
ReplyDelete